August 21st, 2020

Mengakui berasa cukup bertuah apabila dikurniakan seorang suami yang banyak membantunya dalam urusan rumah tangga dan memahami dirinya, pelakon dan pengacara Ain Edruce akui ia merupakan sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya.

"Dia Tak Pernah Paksa Saya Untuk Masak" - Ain Edruce Dedah Suami Lebih Suka Masuk Dapur

Kata Ain, perkara itu bagaikan anugerah yang terindah apabila dikurniakan suami yang rajin ke dapur untuk memasak dalam menyediakan juadah harian.

“Satu yang bagus mengenai Amirul ni, dia suka masak. Bahkan, jika saya balik kerja, dia akan tanya ‘sayang nak makan apa’ sebab dia nak pergi beli barang untuk masak. Kalau saya balik kerja penat-penat pun, dia tak pernah paksa saya untuk masakkan untuk dia.”

Dalam pada itu, Ain memaklumkan kepada umum bahawa suaminya lebuh banyak meluangkan masa di dapur  berbanding dirinya sejak pasangan itu sah bergelar suami isteri.

"Dia Tak Pernah Paksa Saya Untuk Masak" - Ain Edruce Dedah Suami Lebih Suka Masuk Dapur

“Sejak berkahwin, rasanya dia yang lagi banyak memasak berbanding saya. Jadi, saya tak boleh nak merungut apa-apa walau dia seorang yang tak romantik. Lebih baik saya diam sebelum dipertikai sebab saya jarang masak.”

Katanya lagi, beliau turut menyifatkan suaminya Amirul Hafiz Mustaffa seperti lelaki yang sukakan “give and take” dalam kehidupan.

"Dia Tak Pernah Paksa Saya Untuk Masak" - Ain Edruce Dedah Suami Lebih Suka Masuk Dapur

Terdahulu, Ain mengakui dirinya kini sudah mula diasak dengan pertanyaan mengenai soal menimang cahaya mata.

Ain selamat menjadi isteri kepad ahli perniagaan, pada 13 Disember 2019. biarpun begitu, Ain mendedahkan beliau masih belum dikurniakan rezeki untuk menerima kehadiran ‘ahli’ baru sejak berkahwin pada tahun lalu.

Sumber: Gempak