Written by Bella | August 2nd, 2019

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 bakal berlangsung tidak lama lagi, mulai sekarang ramai kelab peminat artis yang sudah berusaha bertungkus lumus mengundi untuk memastikan artis kesayangan mereka menang.

aiman hakim ridza

Namun, buat pelakon Aiman Hakim Ridza dia meminta peminatnya tidak perlu berhabis duit dan membuang masa untuk mengundinya di ABPBH 32 . Aiman mempunyai prinsip tersendiri dan mahu bakat serta hasil kerjanya dihargai secara profesional bukannya dengan sistem undian.

Saya sendiri pun dah meminta maaf kepada pihak yang terbabit mengenai isu ini. Niat saya adalah untuk tidak membabitkan diri dalam anugerah sebegitu. Pada saya, fokus adalah kepada pertandingan yang lebih bermakna untuk diri.

aiman hakim ridza minta peminat jangan undi

Kalau mereka nak menyokong, biarlah secara sihat dan positif. Sebelum ini, pernah berlaku ada peminat yang bergaduh dengan kelab peminat artis lain. Jadi, saya tak mahu perkara sebegitu berulang lagi. Lagi pula, peminat pun sedia maklum dengan pendirian saya.

Nama saya tercalon pun mungkin kerana ada segelintir peminat yang masih mengundi

aiman hakim ridza abpbhAiman tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa. Bagaimanapun, dia tidak terlalu berharap untuk memenangi anugerah tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Glam Lelaki

Written by Bella | August 1st, 2019

Selepas beberapa bulan bercinta, pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza mengikat tali pertunangan pada bulan Jun lalu. Semalam, pasangan ini mengumumkan berita gembira mereka bakal berkahwin pada Februari 2020.

Mempunyai aura lelaki ‘gentleman’, bukan mudah sebenarnya untuk memikat hati Aiman. Menurut Zahirah, sewaktu awal perkenalan mereka, pelakon lelaki itu sukar untuk didekati, langsung tidak membalas mesejnya.

Jelas Aiman, sebenarnya dia seakan tidak percaya menerima mesej dari aktres jelita berkenaan. Namun, siapa sangka bermula dari situlah timbul bibit- bibit percintaan di antara mereka dan akhirnya bakal ke jenjang pelamin tidak lama lagi.

Sama cantik dan sama padan. Kami doakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita : Forum CARI

Kredit Video : Instagram Media Hiburan

Written by Bella | August 1st, 2019

Pasangan selebriti popular, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson semalam telah mengadakan satu sidang media khas mengumumkan mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada Februari tahun hadapan.

Rata-rata peminat begitu teruja dengan berita gembira tersebut dan mendoakan agar perancangan pasangan ini untuk mendirikan rumah tangga berjalan lancar.

Namun, bapa kepada Zahirah iaitu Zainol Macwilson, secara jujurnya mengakui dia belum bersedia untuk “melepaskan” anak perempuan sulungnya itu menjadi seorang isteri memandangkan usianya masih muda.

Perasaan saya sebagai ayah sangat gembira, memandangkan saya pun sudah cecah usia 61 tahun. Rasa seronoklah sebab dia sudah bertemu dengan pilihan hati meski kalau nak diikutkan, saya sebenarnya tak nak Zahrirah mendirikan rumah tangga buat masa ini sebab dia baru 24 tahun.

Kalau boleh biarlah usianya cecah 25 tahun dan ke atas. Apa pun, saya hormati pilihannya. Kalau kita menghalang mungkin ada perkara yang tak elok berlaku, jadi sebagai ayah, saya terima.

Berbicara mengenai bakal menantunya, Zainol berkata Aiman seorang yang pandai mengambil hati dan menghormati orang tua. Boleh lihat keikhlasan hati lelaki itu yang mampu membahagiakan Zahirah.

Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta. Semoga perancangan pasangan ini untuk berkahwin dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by Bella | July 31st, 2019

Selepas sebulan bertunang, pasangan merpati dua sejoli, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson mengumumkan mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada Februari 2020.

Bagaimanapun, buat masa ini mereka belum menetapkan tarikh sebenar untuk majlis pernikahan.

Insya-Allah, kami akan berkahwin pada Februari 2020. Buat masa sekarang, belum ada tarikh spesifik, tapi kami akan kongsikan apabila sudah ada tarikh sesuai.

Menurut Zahirah, majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-dua belah pihak akan diadakan di Kuala Lumpur.

Tarikh perkahwinan juga kami perlu sesuaikan dengan lokasi. Kalau kami sebut tarikh, tapi belum ada lokasi, tak boleh juga kan.

Setakat ini, apa yang boleh saya kongsikan adalah, majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-duanya akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta.

Sumber Berita : Harian Metro