November 4th, 2013

Sebelum ini kecoh dunia hiburan tanah air apabila seorang lelaki telah tampil dengan pengakuan yang pelakon lelaki popular, Adi Putra, atau nama sebenarnya Mohd Hadi Putera Halim, 32, telah menghantar mesej lucah melalui aplikasi telefon Whatsapp kepada isterinya.

Semalam, wartawan Zubir Bipop telah menulis di Berita Harian Ahad dalam sisipan Bipop yang lelaki tersebut yang bernama Amiruddin Osman, 56, juga tampil semula untuk memberikan pendapatnya mengenai khabar yang mengatakan Adi telah berjumpa dengan individu berpengaruh untuk meminta bantuan bagi kesnya digugurkan.

Saya terdengar cerita Adi ada bertemu seseorang minta bantuan individu berkenaan untuk menggugurkan kes beliau. Tapi, saya yakin pihak berwajib akan menjalankan tugas mereka dengan telus. Saya dimaklumkan kertas siasatan berhubung kes ini sudah disiapkan, begitu juga keputusan laporan forensik.

Menurut lelaki itu, isterinya yang bernama Nooraida Abdul Mutalib, 30, dikenali oleh pelakon itu melalui laman perkongsian foto Instagram Aidaannefasha

Namun, saya hairan mengapa Adi menafikannya, walhal dia sendiri mengaku dengan saya beliau mengenali Nooraida. Ketika mereka mula berkenalan, Nooraida sudah memaklumkan mengenai status dirinyanya sebagai isteri, sebaliknya Adi tidak mengendahkannya.

Malah Adi terus menggoda isteri saya. Bagi saya nak ‘nakal’ boleh, tapi jangan kacau isteri orang! Isteri saya mengaku, dia teruja apabila seorang artis popular seperti Adi ‘melayannya’.

Amiruddin turut berharap yang Adi akan dibicarakan di mahkamah dalam masa terdekat.

Sebelum ini isu skandal Adi ini seolah-oleh telah sejuk dengan timbulnya kontroversi artis lain seperti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, namun minggu ini isu ini timbul semula. Bersama kita nantikan apakah hasil siasatan pihak polis berhubung kes yang menggemparkan ini.


Anda yang berbakat dalam bidang muzik dialu-alukan menyertai Ekspresi Muzik 2013 anjuran JKKN Melaka pada 23 November 2013 di Kompleks JKKN Melaka. Hadiah menarik menanti anda!

Berminat? Hubungi Milla di 06-2331787 untuk keterangan lanjut.

September 11th, 2013

Hangat dunia hiburan tempatan apabila seorang lelaki berusia 56 tahun membuat laporan polis tentang seorang pelakon lelaki yang didakwa bertukar-tukar pesanan Whatsapp gambar lucah dengan isterinya yang berusia 30 tahun. Pelakon yang dimaksudkan ialah pelakon popular Adi Putra atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 32.
Adi Putra bagaimanapun memilih untuk mendiamkan diri tentang kes itu yang masih dalam siasatan polis. Hari ini melalui Harian Metro, Adi memberitahu yang dia tiada sebab melarikan diri kerana tidak mengenali wanita yang dimaksudkan.

Saya tidak mengenali wanita itu, jadi tiada sebab saya melarikan diri.

Ramai bertanya kenapa saya mendiamkan diri dan memilih melakukan demikian kerana tidak mahu mendedahkan maklumat mengenai perkara ini kerana ia masih dalam siasatan polis.

Saya tidak tahu bagaimana masalah ini boleh berlaku dan menjelaskan perkara berkenaan selepas polis selesai siasatan.

Tambahnya, kontroversi yang hangat diperkatakan itu tidak menjejaskan karier mahupun hubungan dengan isteri dan keluarganya, sebaliknya dia menganggap ia sebagai ujian dari Allah. Tidak mahu hidup terganggu, Adi mahu menumpukan sepenuhnya terhadap karier, isteri dan anak.

Ia juga satu pengajaran Adi yang mendakwa di mungkin tidak akan menjawab mesej peribadi yang dihantar peminat lagi.

Jadi maknanya ada jua mesej peribadi peminat yang dijawab sebelum ini? Khabarnya, antara isi perbualan Adi dengan wanita tersebut ialah permintaan beliau untuk wanita itu menghantar gambar punggung. Mungkin telefon Adi digunakan orang lain atau digodam? Hanya mereka yang tahu jawapannya.