Written by AbangNara | September 29th, 2014

Akademi Fantasia memang sentiasa penuh dengan kejutan. Konsert semalam menyaksikan salah seorang pelajar AF2014 yang berbakat besar iaitu Muna telah tersingkir. Mendapat undian terendah sebanyak 5%, pemergian Muna telah menimbulkan rasa tidak puas hati para peminat kerana bagi mereka ada pelajar lain yang lebih layak untuk disingkirkan. Namun inilah Akademi Fantasia, undian penentu segalanya.

muna af2014

Kalau marah dan luahkan rasa tak puas hati di laman sosial tanpa mengundi, tak ada gunanya. Namun daripada pembacaan Abang Nara, ramai yang mahukan Ziha atau Nina yang terkeluar kerana prestasi yang ditunjukkan oleh mereka tidak pernah memberangsangkan. Antara komen-komen yang menarik di Facebook Akademi Fantasia ialah:-

muna af2014

muna af2014

Nampak gayanya sudah mula ada suara-suara yang mahukan undian AFmasuk diadakan. Hmmm. Bagi Abang Nara terlalu awal untuk AFmasuk. Lagipun AFmasuk sudah terlalu banyak kali digunakan dalam Akademi Fantasia sebelum-sebelum ini. Mungkin ada cara baru yang lebih unik dan kreatif. Apa pun, Abang Nara suka dengan cadangan ‘bottom three’ dibawa naik ke atas pentas dan peserta yang tersingkir dipilih oleh para juri. Itu lebih bagus untuk memastikan yang betul-betul berbakat tidak tersingkir awal.
muna af2014

Buat Muna, tersingkir awal daripada AF2014 tidak bermaksud anda tidak berbakat. Sudah tertulis rezeki anda sampai di sini. Pasti ada hikmahnya. Jangan sedih-sedih. Semoga terus berjaya di masa hadapan. Jadikan AF sebagai batu loncatan untuk anda mengembangkan lagi karier.