Written by Bella | December 16th, 2017

Jarang sekali kita mendengar berita Datuk Adi Putra mempunyai masalah dengan rakan media. Namun, baru-baru ini, seorang wartawan terkejut apabila Adi dikatakan terlalu emosi ketika ditemuramah berikutan hal peribadinya.

Menurut Miss K di portal Astro Gempak, mood Adi tiba-tiba berubah saat wartawan itu ingin bertanya tentang status perkahwinan Adi bersama bekas isteri pertamanya, Aida Yusof.

Wartawan tu tanya tentang status rumah tangga Adi dan Aida sekarang. Itu sahaja. Bukannya apa, sebelum ini orang heboh Adi dah bercerai dengan kedua-dua isterinya. Tup-tup baru-baru ini Adi muat naik foto bersama Aida siap kapsyen ‘Alhamdulillah’…Wartawan tu mewakili orang di luar sana juga, yang nak tahu adakah benar cerita-cerita sebelum ni.

Terus Adi buat muka dan tanya balik kepada wartawan tu, “bila kali terakhir kamera pecah?” Haaa..lebih kurang begitulah jawapan dia, dalam nada yang ‘tegang’. Tu tak campur lagi dengan kerutan di wajah!

Sejauh mana kebenaran berita ini tidaklah kami ketahui, mungkin juga hari itu Adi kepenatan dan tiada mood? Apa-apa pun, selebriti dan wartawan saling memerlukan dalam industri hiburan, tidak perlu untuk bermasam muka dan harus bertolak ansur antara satu sama lain.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | December 14th, 2017

Baru-baru ini, Norshahida Zolkifly iaitu bekas isteri kedua Adi Putra telah membuat laporan polis mendakwa aktor itu memalsukan sijil pernikahan mereka pada awal Januari lepas untuk urusan visa serta perniagaan diluar negara.

Tujuan laporan polis itu dibuat kerana Norshahida enggan namanya terbabit dalam sebarang urusan perniagaan Adi.

Terbaru Adi menerusi portal mStar Online berkata bekas isterinya itu mempunyai hak untuk membuat laporan polis. Namun, beliau tidak mahu memberikan komen mengenai dakwaan pemalsuan sijil nikah tersebut.

Adi menganggap apa yang berlalu adalah ujian buat dirinya dan sekiranya apa yang berlaku adalah benar tentu beliau sudah ditahan polis.

Saya tidak ada komen. Saya adalah diri saya seperti mana umum kenal diri saya. Biarlah perkara itu berlalu dan itu hak dia. Kalau dah buat laporan polis, mungkin saya tak ada di sini dalam temu bual ini.  Perkara ini saya anggap sebagai ujian dalam kehidupan. Bila diuji, ia bermakna Allah sayang kita.

Adi bernikah dengan Norshahida secara rahsia pada 20 Jun 2016 sebelum Adi mengumumkan mereka sudah tidak mempunyai sebarang hubungan pada 23 Mac lalu.

Sumber Berita : mStar Online