Written by Bella | July 12th, 2018

Selepas 10 tahun menanti dengan penuh kesabaran, akhirnya pelakon Adam Corrie Lee menimang cahaya mata apabila isterinya, Fazema Mohd Fuad selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada petang Rabu.

Menerusi akaun Instagramnya, Adam memberitahu isterinya selamat melahirkan anak mereka sekitar jam 4 petang di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Ampang. Adam turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kelahiran cahaya matanya itu yang diberikan nama panggilan ‘Baby Lee’.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Adam serta isterinya dan mendoakan ibu serta bayi berada dalam kedaan baik.

Adam mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema, pada 21 November 2008. Dikurniakan anak lambat tidak semestinya kita harus terus berputus asa dan menyalahkan antara satu sama lain. Berkat kesabaran, usaha serta kasih sayang antara pasangan, inshaAllah rezeki untuk bergelar ibu dan bapa itu ada. Perancangan Tuhan itu ada hikmah dan kebaikannya. Tahniah sekali lagi buat Adam dan isteri.

Written by Bella | March 8th, 2018

Pelakon aksi yang terkenal menerusi watak Dragon dalam filem KL Gangster, Adam Corrie Lee semalam berkongsi berita gembira beliau bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Adam sangat gembira dan bersyukur dengan kurniaan daripada Allah SWT itu kerana sudah 10 tahun beliau dan isteri menantikan detik untuk mendapat zuriat sendiri. Beliau berdoa agar segala urusan kelahiran berjalan lancar dan semoga bayi yang dilahirkan nanti sihat dan cukup sifatnya.

Tahniah kami ucapkan kepada Adam dan isteri, itulah kata orang kalau kita bersabar, berusaha dan berdoa pasti hasrat kita akan dimakbulkan. Semoga ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa sihat.

Written by Bella | January 18th, 2018

Pelakon Adam Corrie Lee tidak perlu diperkenalkan lagi. Setiap orang pasti ingat dengan lakonan beliau sebagai Dragon dalam filem KL Gangster. Sudah beberapa tahun memeluk agama Islam, Adam dilihat begitu aktif dalam kerja amal dan mendalami ilmu agama.

Semalam, Adam ada berkongsi cerita dimana ibadah beliau pernah dipersoal oleh beberapa pihak yang mendakwa solatnya tidak sah kerana mempunyai tattoo. Mereka menyuruh beliau untuk membuang tattoo tersebut sebelum beribadah.

Mengakui isu tersebut sering berlaku kepada mualaf, Adam bagaimanapun tidak cepat melatah dan memberitahu bukan semua orang berkemampuan untuk membuang tattoo kerana kos dan kesakitan yang harus ditanggung.

Betul apa yang Adam katakan itu, jika seseorang itu mendapat hidayah ataupun sudah bertaubat, InshaAllah ibadah mereka akan diterima Allah SWT. Siapalah kita untuk menentukan? Apa pula pendapat korang tentang isu ini?

Written by Bella | February 11th, 2016

Sebut sahaja nama Adam Corrie Lee,mungkin ada yang kenal dan ada yang tidak. Kalau sebut sahaja Dragon pasti ramai yang akan ingat dengan lakonan beliau didalam filem KL Gangster  bukan?

Merupakan seorang mualaf, Adam dan isterinya Fazema Mohd Fuad kini sedang bergiat aktif mengadakan forum serta pelbagai program di masjid-masjid di Malaysia bagi mengumpul dana sebanyak RM 380,000 dalam usaha untuk membawa golongan mualaf lain menunaikan umrah sekitar bulan hadapan.

Alhamdulillah kita sudah mula projek ini sejak bulan Jun tahun lalu dan setakat ini kami sudah kumpul RM100,000 menerusi sumbangan orang perseorangan dan wang yang di kumpul dari tabung dana yang diedar selepas forum-forum di beberapa buah masjid.

Tapi itulah, memang belum mencukupi lagi tapi saya masih ikhtiar dan yakin bahawa Allah akan beri rezeki itu bila tiba masanya nanti.

Pada masa yang sama, Adam turut meluahkan rasa kecewa apabila pada awalnya ada pihak yang menabur pelbagai janji untuk menjadi penaja tetapi akhirnya lari dan mematikan telefon bimbit mereka ketika dihubungi olehnya.

Mula-mula memang ramai yang berjanji ingin bantu daripada segi sumbangan dana dan bila tiba masanya saya cuba hubungi gagal dan mereka matikan talian telefon.

Ada juga yang cuba mengelak apabila saya bertanya semula tentang janji mereka untuk sumbangan itu. Saya pun tidak mahu memaksa mereka beri sumbangan kerana biarlah ia dibuat secara ikhlas dan untuk ibadah. Saya dan isteri pun sekarang demam kerana sejak memulakan program ini kami tidak cukup tidur kerana fikirkan tentang dana yang perlu dicari.

Tidak mengapa Adam, walaupun ada penaja yang lari tetapi kami yakin rezeki Allah SWT itu ada dimana-mana dan niat anda untuk membantu golongan mualaf menjejakkan kaki ke Mekah. Semoga segala urusan tersebut berjalan dengan lancar. Amin..

Sumber Berita: mStar Online