Written by Bella | December 15th, 2015

Setiap wanita pasti memasang beberapa impian bagi majlis perkahwinan idaman mereka. Buat Anzalna Nasir yang bakal berkahwin tahun hadapan, beliau dan kekasih Hanif Zaki mengimpikan majlis seperti  keluarga diraja British atau lebih tepat seperti pasangan Putera William dan Kate Middleton.

Walaubagaimanapun, ada pihak yang mengkritik serta mempersoalkan mengapa Anzalna harus memilih konsep yang langsung tidak memartabatkan budaya Melayu dan lebih bangga dengan adat negara Barat.

Sedar ia satu perkara yang menjadi bualan agak hangat, Anzalna menerusi laman sosial Facebook menegaskan perkahwinan beliau tetap mengikut ajaran Islam serta adat Melayu.

Hi guys, let me explain. Ini hanyalah konsep dan idaman saya. Tetapi tetap berlandaskan kepada ajaran Islam dan mengikut adat kita. Doakan yg baik baik ok!

Majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan pada 21 Februari di  Masjid Negara manakala majlis resepsi mereka pula diadakan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 27 Februari.

Anzalna juga  merancang untuk berbulan madu di  Pulau Maldives atau Pulau Bora Bora di Perancis kerana mahukan suasana ketenangan dan selepas itu, Hanif akan membawa kedua-dua belah keluarga untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah.

Tidak menjadi satu kesalahan untuk pilih konsep apa sekali pun asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. H

Sumber Berita: Facebook Anzalna Nasir

Written by Bella | December 14th, 2015

Setelah beberapa lama mengakui sedang sibuk dengan persiapan perkahwinannya, Anzalna Nasir akhirnya telah mengumumkan tarikh pernikahan beliau bersama kekasih Hanif Zaki menerusi rancangan hiburan popular Melodi.

Memilih konsep perkahwinan tradisional  yang diberi sentuhan moden, pasangan ini akan bernikah pada 21 Februari tahun hadapan di Masjid Negara manakala majlis resepsi mereka pula diadakan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 27 Februari.

Alhamdulillah dengan persetujuan dan kesepakatan keluarga Insya-Allah kami akan disatukan sebagai suami isteri pada 21 Febuari depan.

Sebelum ini bukan tidak mahu beritahu tetapi kerana masih belum tarikh untuk diumumkan kepada peminat.

TV3 juga telah diberikan hak sebagai penyiar rasmi perkahwinan Anzalna dan Hanif. Majlis perkahwinan mereka akan di siarkan secara eksklusif menerusi rancangan  Nona, Mahligai Cinta, Wanita Hari Ini dan Melodi.

Tahniah kami ucapkan kepada Anzalna dan Hanif kerana bakal melayari bahtera perkahwinan tidak lama lagi. Harap segala perancangan untuk majlis raja sehari mereka berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: mStar Online