July 2nd, 2020

Berkongsi pengalaman ketika zaman sekolah, pelakon Syida Melvin mendedahkan yang dirinya seorang yang pemalas ketika menuntut di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang, Perak.

syida melvin pemalas gagl semua subjek ketika zaman sekolah

Menurut Syida, kenangan di sekolah itulah yang lazimnya akan menjadi antara memori zaman remaja yang sukar dilupakan apabila menginjak dewasa.

Bagaimanapun, berkongsi berkenaan kejayaan dirinya dalam bidang akademik, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini langsung tidak segan berkongsi berkenaan keputusan peperiksaannya. Dedah Syida, beliau pernah pernah gagal kesemua mata pelajaran yang diambilnya semasa tingkatan 1.

“Waktu tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, memang aku paling tak suka belajar, pemalas, kerja sekolah pun selalu tak siap!”

Namun, segalanya seakan berubah apabila Syida dikhabarkan  mula memberi fokus kepada pelajaran selepas memasuki peringkat menengah atas iaitu tingkatan empat dan lima.

“Tapi bila dah masuk tingkatan 4, tingkatan 5, aku dah mula belajar betul-betul. Dah mula rajin sikitlah. Waktu sekolah bukan budak kelas atasan. Level pandai kami biasa-biasa sahaja.”

Syida juga turut menyatakan beliau tidaklah sejahat kakaknya Syatilla dan Syifa semasa di sekolah. Malah akui rekod kelakuannya lebih baik berbanding mereka.

syida melvin pemalas gagl semua subjek ketika zaman sekolah

Ujar Syida, beliau pernah berasa bimbang memikirkan soal masa depan dirinya sekiranya tidak mampu memberikan yang terbaik dari segi akademik.

Meskipun begitu, setelah meningkat dewasa, beliau kini yakin bahawa pengalaman dan kemahiran merupakan salah satu faktor kejayaan berbanding keputusan yang cemerlang ketika di bangku sekolah.

syida melvin pemalas gagl semua subjek ketika zaman sekolah

“Bila kita dah dewasa, baru kita boleh nampak yang keperluan kita bila untuk melonjak naik adalah lebih kepada pengalaman berbanding berapa A yang kalian dapat masa SPM dulu.

Terdahulu, kakaknya Syifa Melvin pernah mendedahkan yang dirinya bodoh dalam mata pelajaran Matematik. Namun jika dilihat kini, adik beradik The Melvins ini bagai menempuh fasa kejayaan apabila keempat-empat mereka kini sedang giat mengendalikan perniagaan kosmetik yang diberi nama “Kekasih by The Melvins”.


7 responses to “Syida Melvin Akui Pemalas Ketika Zaman Sekolah, Gagal Semua Mata Pelajaran”

  1. Wekkkkkkk says:

    Tumpang

  2. Alip says:

    Klau kakak Dgn abg ipar kau bkn pelakon, bodoh cmni maybe kau keja kdai mkn gaji Hari

  3. mama sya says:

    kalau cantik kau jual je rupa, belajar etiquette, cakap speaking sikit, belajar make up dan fashion. esok2 kau tangkap je orang kaya sorang. senang hidup, kalau dh bodoh belajor tak pandai tu je la cara nk hidup…menumpang duit lelaki. apa ntah nk bangga. aku pun suruh anak belajar rajin2, ilmu je boleh ubah dunia. duit tu mn2 pun boleh cari. menipu orang pun boleh kaya, jual body pun boleh kaya.

  4. Terjah says:

    bodoh2 smua ank melvin rupanya..

  5. mak says:

    ape yg ko bangga citer kt sini… pelik r

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...