Semalam, pelakon Emma Maembong telah membuat pengakun mengejutkan dirinya kini tidak lagi bertudung. Keputusan itu adalah kehendaknya sendiri dan bukan kerana orang lain dan sudah sampai masanya untuk beliau memikirkan kebahagiaannya sendiri. Rata-rata peminat kecewa dengan tindakan Emma sehingga ada yang sudah hilang rasa hormat terhadap aktres itu.
Selepas pengumuman itu, netizen mula menyerang akaun Instagram peribadi, Syed Abdullah pula. Mereka menuduh beliau sebagai punca Emma tidak lagi mengenakan hijab.
Mengakui kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan, Syed Abdullah bagaimanapun menganggap segala kecaman ini sebagai satu cabaran.
Emma juga sudah katakan keputusan beliau tidak dipengaruhi mana-mana pihak sebaliknya kerana imannya yang belum cukup kuat untuk terus istiqamah. Apa pula pendapat anda?