Syamel AF Mengaku Kenal Pramugari Digosip Dengan Shahir, Tetapi Enggan Dikaitkan

Hiburan

Syamel AF Mengaku Kenal Pramugari Digosip Dengan Shahir, Tetapi Enggan Dikaitkan

Sebelum ini penyanyi Ewal mendakwa pramugari yang dikaitkan dengan Shahir pernah mencuba mendekatinya dan beberapa orang penyanyi Akademi Fantasia yang lain dengan menggunakan ayat-ayat manis.

Advertisement

Terbaru, Syamel pula mengaku pernah keluar dengan wanita itu. Harian Metro melaporkan, nama Syamel disebut dalam perbualan WhatsApp antara Shahir dan Mona Syamimi Samsudin, yang didedahkan kepada wakil akhbar itu.

Namun kata Syamel, dia keluar beramai-ramai dan tidak pernah keluar berdua dengan wanita itu.

Ya, saya kenal Mimi dan kami pernah lepak. Bukannya berdua tetapi dengan kawan lain. Apa yang saya tahu, Mimi memang ramai kenalan.

Cuma saya tak faham kenapa nama saya ada dalam perbualan mereka. Kalau boleh saya tak nak masuk campur dan jangan babitkan saya.

Melalui pendedahan Mimi, Shahir memberitahu dia kurang selesa apabila Mimi bercakap tentang lelaki lain dengannya.

Pertama kali kita keluar, saya rasa seperti kawan sahaja. Awak bercerita pasal Syamel saya okay. Tapi tak tahu kenapa semalam saya rasa tak selesa sikit bila awak sebut pasal lelaki lain.

Dalam artikel semalam, memberitahu dia terasa hati apabila Shahir mendakwa dia hanyalah peminat AF Megastar sedangkan baginya hubungan mereka lebih dari itu.

Mimi mendakwa mereka berjumpa setiap hari dan berhubung menggunakan aplikasi WhatsApp dan FaceTime. Malah, Shahir juga didakwa meluahkan perasaan rindu dan sayang kepada Mimi dalam perkenalan yang berlangsung selama sebulan itu. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...