Syafiq Kyle Terima Jika Ditakdirkan Jodoh Dengan Pelacur

Hiburan

Syafiq Kyle Terima Jika Ditakdirkan Jodoh Dengan Pelacur

Fenomena drama Nur tidak dinafikan membuatkan nama pelakon Syafiq Kyle lebih popular. Sinonim dengan watak sebagai Ustaz Adam, beliau tidak menolak sekiranya sudah ditakdirkan jodohnya dengan seorang pelacur.

Advertisement

Menurut Syafiq, itu adalah ketentuan Allah SWT, baginya golongan itu tetap sama seperti mana-mana manusia yang turut menginginkan kasih sayang.

Saya terima walaupun jodoh saya suatu hari nanti dengan seorang pelacur. Kalau dah jodoh (dengan pelacur), saya kenalah terima. Persepsi saya terhadap pelacur, mereka tetap manusia biasa yang inginkan kehidupan berkasih sayang.

Siapa saya untuk labelkan mereka atau mengadili mereka kerana kita semua hanya manusia biasa.

Seperti didalam drama Nur, perkara ini memang agak sensitif dikalangan masyarakat atau lebih tepat lagi, persepsi tentang golongan lorong ini. Namun, kita juga tidak berhak untuk mengadili mereka kerana tidak mengetahui apa yang menyebabkan mereka jadi begitu. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...