Syafiq Farhain Sedia Berkahwin Dalam Masa Terdekat

Hiburan

Syafiq Farhain Sedia Berkahwin Dalam Masa Terdekat

Mengakui sudah bersedia mengakhiri zaman bujang, Syafiq Farhain tidak menolak andai dipertemukan jodoh dalam masa terdekat berikutan usianya kini seakan sesuai untuk berumah tangga.

syafiq farhain

Advertisement

Menurutnya, beliau langsung tidak meletakkan sebarang syarat atau ciri-ciri bakal isterinya kerana redha menerima siapa sahaja jodohnya yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT.

Tambah Syafiq, dirinya seakan tidak kisah soal rupa paras, asalkan pasangan itu sedap mata memandang, itu sudah memadai.

“Mungkin ada sesetengah orang meletakkan ciri-ciri untuk mencari pasangan. Tapi saya pula jenis tak kisah, asalkan pasangan saya itu sedap mata memandang.”

syafiq farhain

Bercakap dalam bidang lain pula, Syafiq kini difahamkan masih bekerja sebagai anggota bomba meskipun kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Ujarnya, PKP kini bagaimemberi peluang buat dirinya melakukan pelbagai aktiviti yang tidak dapat dibuat sebelum ini seperti bermain gitar dan keyboard.

Untuk rekod, Syafiq merupakan anak keempat penyanyi Allahyarham Saleem dan namanya mula melonjak naik selepas menyertai program realiti Big Stage musim pertama sekali gus bergelar Naib Juara.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...