Syafinaz Selamat Terima Gelaran Datuk Bersempena Hari Wilayah Persekutuan

Hiburan

Syafinaz Selamat Terima Gelaran Datuk Bersempena Hari Wilayah Persekutuan

Konduktor dan Guru Vokal, Syafinaz Selamat, ialah antara 69 penerima pingat Panglima Mahkota Wilayah bersempena Hari Wilayah Persekutuan Hari ini, yang membawa gelaran Datuk.

Advertisement

Berita Harian Online melaporkan. Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008 adalah bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Penganugerahan ini bukan sahaja diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan namun turut mengiktiraf mereka yang tidak bermastautin tetapi menabur bakti kepada pembangunan Wilayah Persekutuan.

Syafinaz mempunyai pencapaian prolifik dalam industri seni Malaysia, antaranya voice master untuk Koir Kebangsaan Malaysia, pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ASWARA, mempunyai ijazah dalam bidang muzik serta menerima beberapa anugerah dekan. Dia juga sering dijemput sebagai juri pertandingan vokal, dan dianugerahkan satu pingat emas dalam kategori R&B/Pop/Rock/Kontemporari semasa World Championships of Performing Arts di Los Angeles pada tahun 1999, serta pencalonan sebanyak 2 kali dalam Anugerah Industri Muzik 2002 untuk Best Female Vocal, Anugerah Sri Angkasa, dan Anugerah Era 2002.

Dia juga pernah membuat persembahan untuk Barrack Obama ketika pemimpin itu membuat lawatan rasmi ke Malaysia semasa menjadi presiden Amerika Syarikat. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...