“Sweet Sangat”, Intan Najuwa Kongsi Video Bersama Tunang Dalam Lamborghini

Hiburan

“Sweet Sangat”, Intan Najuwa Kongsi Video Bersama Tunang Dalam Lamborghini

Pergh!!! Memang sweet sangat-sangat video yang dikongsikan oleh Intan Najuwa bersama dengan tunangnya. Dengan latarbelakang lagu yang penuh melankolik, pasangan sama cantik sama padan ini sedang menikmati kebahagiaan yang dikecapi sambil menaiki sebuah kereta Lamborghini. Memang boleh cemburu melihatnya!!!

Dengan caption “My other half, my soulmate & my bestfriend“, rata-rata pengikut Instagram Intan Najuwa melahirkan rasa kagum, wow dan sweet melihat video yang telah dikongsikan ini. Banyak komen yang menyatakan mereka berdua mempunyai wajah yang serupa.

Advertisement
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sweetnya tengok Intan Najwa

A post shared by BeautifulNara.com (@beautifulnaradotcom) on

Kata orang, kalau wajah dah lebih kurang sama, itu bermakna jodoh memang kekal lama. Namun sudah tentu kereta Lamborghini yang dinaiki oleh pasangan ini menjadi topik perbualan hangat di ruangan komen.

Untunglah Intan Najuwa mendapat seorang lelaki yang bukan sahaja kacak, malah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Memang rezeki betul. Bakal suami Intan Najuwa juga beruntung kerana mendapat seorang bakal isteri yang cantik, comel dan manja. Senang cakap, kedua-duanya sama untunglah.

Apa pun semoga ikatan pertunangan di antara Intan Najuwa dan pasangan akan berakhir ke jinjang pelamin tanpa sebarang masalah. Sama-sama kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...