Suspek Penipuan Skim Rumah Itu Pernah Tipu Ibu Saya – Danial Lawak Solo

Hiburan

Suspek Penipuan Skim Rumah Itu Pernah Tipu Ibu Saya – Danial Lawak Solo

Sejak akhir-akhir ini hangat diperkatakan mengenai kes penipuan rumah mampu milik bernilai RM 200,000 tetapi berrharga RM 60,000. Beberapa suspek dalam kes itu kini dalam tahanan polis dan sedang disiasat.

Apabila penipuan ini mula didedahkan, kini Danial yang merupakan juara rancangan Lawak Solo tampil mendedahkan bahawa salah seorang suspek terbabit pernah menipu ibunya menyebabkan wang pencen ibunya lesap.

Advertisement

mStar Online melaporkan, Danial berkata, kejadian itu berlaku pada tahun 2014 apabila suspek mendakwa menjalankan syarikat pelaburan forex yang menjanjikan keuntungan singkat bagi memperdaya orang ramai.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Akibat terperdaya dengan suspek, Danial memberitahu wang pencen ibunya, Rodziah Abdullah sebanyak RM34,500 ditipu suspek sebelum menghilangkan diri.

Apabila mendapat tahu dia ditahan reman kerana penipuan rumah kos rendah saya terkejut dia adalah orang sama menipu ibu saya dahulu.

Rupa-rupanya dia masih tidak berubah dan ini adalah balasan dia dapat atas perbuatannya!

Saya harap dia dikenakan tindakan sewajarnya dan dia insaf kerana sudah terlalu banyak dia menipu orang.

 

Danial berkata, ibunya bersetuju membuat pelaburan itu kerana percaya dengan rakan baiknya yang menjadi orang tengah ketika itu. Rakannya itu juga memberi jaminan pelaburan dibuat itu selamat, namun dia juga sebenarnya ialah mangsa penipuan suspek.

Bukan ibu saya sahaja mangsa tetapi ada lebih 20 orang dengan nilai kerugian jutaan ringgit kesemuanya!

Ketika itu kami tidak buat laporan polis kerana masih ingin memberinya peluang membayar kembali tetapi selepas empat tahun satu sen pun tidak dibayar.

Danial pernah merayu kepada suspek untuk memulangkan wang diambil daripadanya ibunya namun tidak berhasil. Sebaliknya suspek bijak mencipta seribu satu alasan dan janji kosong sehinggalah dia menghilangkan diri sebelum namanya kembali menjadi sebutan kerana penipuan penjualan rumah baru-baru ini.

Rupa-rupanya dia pun ditipu oleh suspek dan sejak itu saya sudah cuba pelbagai usaha untuk dapatkan kembali wang berkenaan namun gagal sampai ibu saya sakit.

Lama saya tengok dia hilangkan diri sebelum tiba-tiba buka syarikat baru dan menipu pula orang lain menggunakan modus operandi lain.

Sementara itu, Danial berkata, dia mendedahkan perkara itu kerana tidak mahu melihat lebih banyak mangsa terperdaya dengan apa juga skim seperti pelaburan atau pun perumahan mampu milik.

Saya dedahkan perkara ini bukan untuk keruhkan keadaan tetapi berharap ia jadi pengajaran agar orang diluar sana tidak tertipu dengan skim mengarut ini.

Sudah banyak yang terkena terutamanya orang Melayu kita dan masih banyak syarikat-syarikat yang membuat penipuan seperti ini dan mereka sangat licik.

Diharap pengangkapan suspek-suspek itu membuka mata kita semua agar lebih berhati-hati.

Pada pendapat penulis, orang dah biasa menipu ini memang kerjanya akan menipu seumur hidup. Sekali menipu dapat sampai jutaan ringgit kemudian menipu dan menipu lagi. Dah jadi darah daging.

Apa pun bersama kita mengambil pengajaran ini. Jangan mudah percaya mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan singkat. Sudah terlalu banyak bukti bahawa saudara sebangsa dan segama kita memang sanggup menipu untuk kesenangan diri. Jangan biarkan diri kita terus menjadi mangsa janji-janji palsu penipu. –beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...