Susah Nak Kekal Sihat Semasa Pandemik? 10,000 Langkah Sehari Mampu Dicapai Dek 5 Cara Mudah Ini

Kehidupan

Susah Nak Kekal Sihat Semasa Pandemik? 10,000 Langkah Sehari Mampu Dicapai Dek 5 Cara Mudah Ini

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 menyebabkan kebanyakan daripada kita menghabiskan masa di rumah sahaja.

Namun begitu, ia tidak menjadi alasan untuk tidak mencapai 10,000 langkah setiap hari walaupun berada di rumah. Banyak cara yang boleh diamalkan bagi mencapai matlamat ini dengan perkiraan 80 langkah dalam masa seminit.

Advertisement

1. 250 langkah sebelum makan (1200 langkah, 15 minit)

Hanya 15 minit sahaja yang diperlukan untuk melakukan 500 langkah sebelum makan.

2. 250 langkah setiap jam bekerja (2250 langkah, 3 minit x 9 pusingan)

250 langkah hanya memerlukan sekitar tiga minit. Ia turut disarankan oleh pakar supaya dilakukan setiap 40 minit dan dapat membantu melancarkan sistem kardiovaskular. Walaupun bekerja dari rumah, ia tidak menjadi alasan untuk tidak melakukan sebarang gerakan.

3. Naik turun tangga 42 kali (1000 langkah, 12 minit 30 saat)

naik turun tangga

80 langkah setiap minit, kita dapat mencapai 1000 langkah dalam masa lebih kurang 20 minit hanya dengan menaiki dan turun anak tanya sebanyak 42 kali. Kebiasaannya, tangga mempunyai 12 anak tangga.

4. Berjalan sambil berbual (1200 langkah, 15 minit)

bersenam

Bagi mencukupi 10,000 langkah dalam masa sehari, kita juga boleh mengajak pasangan atau saudara untuk berjalan di sekitar kawasan rumah sambil berborak dan tanpa kita sedari, langkah 1200 dapat diselesaikan dalam masa lebih kurang.

5. 960 langkah ketika berehat (960 langkah, 3 minit x 4 pusingan)

Berjalan-jalan di sekitar rumah  selama 3 minit sebanyak 4 pusingan juga dapat membantu badan untuk sentiasa kekal aktif.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...