Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Susah Bangun Pagi, Shah Jaszle Mungkin Terkena Buatan Orang

Bangun pagi dan terkena buatan orang. Memang dua perkara yang nampak macam tiada kaitan tetapi itulah yang mungkin berlaku kepada pelakon lelaki bernama Shah Jaszle. Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Shah Jaszle menerangkan beberapa sebab tentang dirinya yang sering lambat menghadiri majlis atau penggambaran kerana lambat bangun pagi.
shah jaszle

Kata Shah Jaszle:-

Advertisement

Apapun, saya berjanji untuk mengatasi masalah bangun pagi yang dihadapi ini dengan segera untuk kebaikan semua pihak. Saya juga pernah dimasukkan ke hospital kerana dikatakan ada jangkitan kuman pada buah pinggang, tapi selepas doktor membuat pemeriksaan, buah pinggang saya okay. Saya juga percaya mungkin saya sakit kerana terkena buatan orang,

Namun anda jangan kata Shah Jaszle tidak berusaha untuk mengatasi masalah kroniknya ini. Yang penting Shah Jaszle mengakui dan meminta maaf atas sikapnya yang satu ini.

Saya mengaku memang ada masalah untuk bangun pagi dan tidak boleh tidur malam, sejak kebelakangan ini. Saya minta maaf jika saya menyusahkan ramai pihak. Saya sudah cuba mengambil pil untuk membantu saya tidur yang diperkenalkan kakak, tapi saya pula tidur selama dua hari dan kakak saya pun tak berani nak beri makan pil itu lagi. Saya cuba guna jam loceng untuk bangun pagi, tapi masih tidak membantu masalah dihadapi.

Kesian pulak dengar cerita Shah Jaszle ini. Apa pun nasihat Abang Nara, apa kata cuba tidur awal seminggu dua. Mana tahu sebenarnya terbangun lambat sebab tidur memang dah lambat. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

169 Comments

  1. Untitled

    March 28, 2012 at 2:10 am

    camane nk solat subuh bang kalau susah nk bgun pagi ? alahai…. sikit2 kena buatan org,khurafat je smua tu ….. bdoa pada Allah spya dsembuhkan pnyakit ssah nk bgun pg tu … ntah2 abg suka tgok bola tgh2 mlm kot :D

  2. Anonymous

    March 27, 2012 at 4:37 pm

    lawak paling bangang penah aku dgr..hahaha..
    x semayang subuh ke mende? mmg la syaitan iblis byk melekat kat mata tengkuk ko..hehehe..gila……

  3. sue

    March 26, 2012 at 10:20 pm

    beutiful nara bukan shah jaszle nie dah name baru?? shahrizal jaszle..

  4. datok_t

    March 26, 2012 at 8:23 pm

    bangsat gila alasan..kalo da pemalas tu pemalas jugak la lahanat..

  5. Trolzz Web

    March 26, 2012 at 5:55 pm

    Apa punya alasan, tak der kaitan langsung. Kalau ikut pengalaman aku lah, sama ada ko memang malas atau badan ko memang ada masalah dan aku yakin masalah yang boleh dirawat mengikut kaedah saintifik…. Buatan orang my foot la… Selain daripada solat sunat, doa dan kaedah-kaedah lain, cuba guna cara aku: beli banyak jam loceng (minima dua) dan kunci selang sejam… atau paling baik setengah jam. Sekian, terima kasih

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top