Gara-gara memuat naik satu surat terbuka di akaun Instagramnya hari ini, ramai yang tertanya adakah aktres jelita Fasha Sandha sudah pun bertemu dengan bakal suaminya?
Menurut Fasha di ruangan kapsyen, sesiapa yang inigin menjadikannya suri hidup mereka harus membaca surat terbuka itu terlebih dahulu. Antara harapan Fasha buat bakal suaminya ialah agar lelaki terbabit menyayangi dirinya dan anak-anak dan tidak meninggalkan mereka walaupun dilanda dengan pelbagai ujian dalam rumah tangga.
Berikut kandungan penuh surat terbuka Fasha dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Rata-rata peminat yang membaca isi kandungan surat terbuka tersebut mendoakan agar Fasha bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik dan mampu untuk menerima diri beliau seadanya. InshaAllah.