“Suprise”kan Keluarga Tercinta Aidilfitri Ini Dengan Huawei Y5 2019

Hiburan

“Suprise”kan Keluarga Tercinta Aidilfitri Ini Dengan Huawei Y5 2019

Pejam celik pejam celik, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pasti semua dah excited kan? Mesti ramai yang dah bersiap sedia untuk pulang ke kampung bertemu dengan keluarga tercinta. Ada berniat nak hadiahkan sesuatu untuk mak ayah, datuk nenek atau makcik pakcik tapi tak tahu nak beli apa? “Suprise”kan je mereka dengan Huawei Y5 2019.

huawei y5 2019

Advertisement

Hadiah yang “perfect” buat mereka yang berusia

Mula ditawarkan di Malaysia bermula hari ini (31 Mei 2019), Huawei Y5 2019 adalah sebuah telefon pintar berspesifikasi pertengahan yang dijual pada harga RM459 sahaja. Ia memang hadiah yang SEMPURNA bukan sahaja kerana harganya yang berbaloi, tetapi turut mempunyai kesemua fungsi asas seperti mengambil gambar bersama keluarga, menonton filem dan video bersama yang tercinta dan bateri yang boleh tahan sepanjang hari. Senang cakap, Huawei Y5 2019 adalah satu hadiah yang praktikal dan berpatutan.

Abadikan detik Aidilfitri seisi keluarga dengan prestasi kamera hebat

huawei y5 2019

Huawei Y5 2019 boleh menangkap gambar dengan prestasi hebat atas kehadiran kamera utama 13MP f/1.8 nya. Kualiti gambar yang diambil dijamin terang seperti kristal kerana kameranya adalah sensitif terhadap cahaya. Ini bermakna, walaupun di dalam keadaan kekurangan cahaya, gambar seisi keluarga anda ketika Aidilfitri kelak pasti 100% sempurna dengan setiap wajah akan jelas terpampang. Mereka yang berusia juga tidak akan ada sebarang masalah untuk menggunakan kamera Huawei Y5 2019 ini. Tekan je dah boleh dapat gambar yang awesome!!!

Lebih ruang, lebih keterujaan

huawei y5 2019Untuk datuk dan nenek kita, benda yang paling penting adalah dapat melihat gambar cucu-cucu dan anak-anak kesayangan menerusi telefon pintar mereka. Huawei Y5 2019 menyediakan ruangan simpanan sebesar 32GB. Jadi datuk dan nenek kita tak payah risau nak kena padam ke, nak kena save gambar ke komputer ke sebab memang boleh simpan sebanyak mana gambar dan video yang diingini. Kalau itu tak mencukupi, Huawei Y5 2019 juga mempunyai 3 slot yang boleh diisi dengan 2 sim kad dan 1 kad memori bersaiz sehingga 512GB. Besar gila kan?

Unlock dengan menggunakan Fast Face

huawei y5 2019

Orang tua nie memang pelupa dan kadangkala kata laluan handphone sendiri pun tak ingat. Sebab itulah Huawei Y5 2019 mempunyai fungsi Fast Face yang boleh “unlock” telefon dalam tempoh 1.5 saat, walaupun ketika penggunaan berat. Senang dah lepas nie tak payah diorang nak ingat password. Hulur je muka kat skrin terus dah boleh guna. Senang sangat-sangat kan?

Tak licin, 3 pilihan warna & rekaan yang unik
huawei y5 2019Huawei Y5 2019 hadir dalam 2 pilihan rekaan dan 3 warna iaitu:-

1. Rekaan metalik dengan warna Midnight Black dan Sapphire Blue
2. Rekaan dengan tekstur seperti kulit berwarna Amber Brown

Apa yang menarik tentang rekaan tekstur seperti kulit Amber Brown ini ialah ia tahan calar, debu dan juga cap jari. Selain itu rekaannya juga memastikan ia kurang licin, mudah dipegang dan mudah digunakan dengan 1 tangan. Sesuai sangat untuk mereka yang berusia kan?

huawei y5 2019

Jadi tunggu apa lagi? Memang ini adalah hadiah terbaik untuk dibawa pulang ke kampung buat keluarga yang tercinta. Dapatkannya sekarang di kedai Huawei berdekatan anda atau boleh beli terus di Huawei Online Store. Selamat hari raya!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...