Sumbat Sudu Dalam Mulut Pesakit Sawan: Drama Dendam Aurora Ditegur Doktor

Sumbat Sudu Dalam Mulut Pesakit Sawan: Drama Dendam Aurora Ditegur Doktor

Satu adegan dalam drama 50 episod Dendam Aurora menjadi ‘bahan’ di Twitter kerana menampilkan seorang doktor merawat pesakit yang terkena sawan dengan menyumbat sudu ke mulut pesakitnya.

Advertisement

Drama lakonan Ungku Ismail, Nabila Huda, Shah Iskandar dan Mia Nasir ini kini sedang ditayangkan di sebuah rangkaian Astro.

Adegan yang diperkatakan menunjukkan watak doktor yang dilakonkan oleh Nadia Brian merawat seorang pesakit sawan dengan meletakkan sudu ke dakam mulut pesakit itu. Secara sinis, memberitahu sekiranya doktor itu sedang melalui pemeriksaan, dia akan gagal dan mungkin telah ponteng kelas perubatan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Iya, memang golongan profesional perubatan juga menonton drama Melayu, jadi mungkin pihak produksi patut membuat sedikit pemeriksaan mengenai cara sebenar merawat seorang pesakit kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan umum terutamanya bila mereka berhadapan dengan situasi sebenar.

Sebelum ini, drama Titian Cinta juga ditegur oleh seorang pengamal perubatan kerana penerangan seorang doktor dalam drama itu mengenai keadaan pesakitnya tidak logik dan melalut.-beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...