Sukar Bernafas, Mental Breakdown – Diana Danielle Kongsi Derita Anxiety Attack

Hiburan

Sukar Bernafas, Mental Breakdown – Diana Danielle Kongsi Derita Anxiety Attack

Setelah sekian lama memendam rasa, pelakon Datin Diana Danielle tidak dapat menahan rasa sedihnya lagi apabila berhadapan dengan gangguan kebimbangan melampau iaitu Anxiety Attack.

Advertisement

Menerusi sebuah video di Instagram,  Diana menangis teresak-esak berkongsi keperitan yang dirasai, sukar untuk bernafas meskipun sudah mencuba pelbagai rawatan.

Simptom penyakit itu muncul satu persatu. Rasa macam tapak tangannya berpeluh, susah tidur, kurang rehat, dada kerap rasa berdebar dan hilang selera makan. Pada awalnya, Diana menyangka dia dapat melawan gangguan tersebut namun keadaan menjadi semakin teruk.

Menurut Diana, dia bukanlah mahu meraih simpati tetapi untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai agar tidak memandang remeh serta mengambil ringan mengenai serangan Anxiety.

Untuk pengetahuan anda, Anxiety Disorder merupakan perasaan cemas, keresahan, panik ataupun fobia yang terlalu berlebihan. Jika ianya berlarutan sehingga enam bulan, ini bermakna seseorang itu tidak normal dan menghadapi masalah Anxiety. Jangan ambil mudah perkara ini dan segeralah rujuk kepada doktor pakar untuk mendapatkan rawatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...