“Suka Jatuhkan Bangsa Sendiri!” – Netizen Kutuk Impian Tokti Sepentas Dengan Adele, Iqbal Tampil Bersuara

Hiburan

“Suka Jatuhkan Bangsa Sendiri!” – Netizen Kutuk Impian Tokti Sepentas Dengan Adele, Iqbal Tampil Bersuara

Baru-baru ini, penyanyi tersohor Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza ada berkongsikan impian beliau untuk bernyanyi bersama penyanyi hebat antarabanga iaitu Adele.

Bagaimanapun, apabila melihat di ruangan komen portal yang dimuat naik dalam Facebook Gempak, rata-rata netizen seperti tidak memberi sokongan dan meminta agar Siti berpijak pada bumi yang nyata.

Advertisement

Barangkali berasa berang melihat komen-komen daripada netizen, usahawan sensasi iaitu Iqbal Zulkefli tampil menyuarakan pandangannya mengenai sikap sesetengah netizen ini di Insta Storynya.

iqbal 'back up' siti nurhaliza

Melalui Insta Story Iqbal, dia meluahkan rasa tidak puas hati kepada netizen yang memandang remeh terhadap impian penyanyi hebat meskipun beliau merupakan penyanyi yang dipandang tinggi di Asia.

Dalam pada itu, Iqbal turut berkata sampai bila rakyat Malaysia mahu menjadi bangsa yang sering memperkecilkan sesama bangsa dan tidak menyokong antara satu sama lain.

Sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza ada memuat naik sebuah video di laman Instagram meluahkan rasa teruja dapat lihat nyanyian Adele secara langsung di Hyde Park.

ibu mentua puteri sarah liyana
2 years ago

'Update' Status Sedih Dan Foto Anak Menantu, Instagram Story Ibu Syamsul Yusof Jadi Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...