Pelakon Fasha Sandha sebelum ini dipuji ramai kerana tidak segan membawa anak-anaknya menaiki pengangkutan awam, bukan sahaja dapat merasai suasana yang baru dan seronok, mereka juga dapat menikmati pemandangan sekeliling yang indah.
Hujung minggu lalu, Fasha telah membawa anak-anaknya pulang ke kampung dengan menaiki kereta api (ETS) untuk pulang ke kampungnya di Perlis. Bagaimanapun, tindakan Fasha mendukung kedua-dua anaknya sambil mengundang kritikan netizen.
Adalah ‘nasihat-nasihat’ yang agak melampau sehingga mendakwa Fasha mengabaikan keselamatan anak-anaknya. Tidak hanya berdiam diri, Fasha membidas kritikan tersebut dan tampil dengan penjelasan agar tiada yang terus salah faham.
Tidak salah kalau hendak menegur sesuatu ataupun berikan komen, tetapi pastikan ia dilakukan dengan cara yang lebih berhemah. Sebagai seorang ibu, pastinya Fasha tahu apa baik dan buruk buat cahaya matanya.