Sugu Pavithra Padam Kesemua Video Daripada Youtube, Netizen Luah Rasa Sedih

Hiburan

Sugu Pavithra Padam Kesemua Video Daripada Youtube, Netizen Luah Rasa Sedih

Beberapa hari ini, heboh apabila Youtuber terkenal iaitu S. Pavithra dikatakan telah diserang oleh suaminya sendiri iaiatu M. Sugu. Melihatkan perhubungan suami isteri itu yang ceria di dalam video masakan mereka nyata membuatkan peminat terkejut dengan berita ini.

Insiden tersebut dikhabarkan berlaku apabila Pavithra dikatakan tidak menyebut nama suaminya semasa majlis penganugerahan Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 tempoh hari.

Advertisement

sugu pavithra

Walaupun dibawa sehingga ke mahkamah, namun wanita tersebut telah bertindak memaafkan perbuatan ganas suaminya itu. Bahkan dia juga menegaskan bahawa mahu meneruskan kehidupan normal bersama keluarga tanpa dikenali orang ramai seperti dahulu.

Pun begitu, Pavithra berkata dia masih lagi akan terus menghasilkan video masakan kegemaran ramai tersebut seperti biasa di saluran Sugu Pavithra di YouTube.

Walaubagaimanapun, kebanyakan peminat meluahkan rasa terkejut apabila melihat saluran rasmi pasangan itu yang kini sudah kosong tanpa sebarang video pun.

sugu pavithra padam semua video

Tidak pasti apakah motif di sebalik tindakan drastik tersebut, ramai yang berasa sedih kerana tidak dapat lagi menonton video masakan yang dihasilkan oleh Pavithra itu.

sugu pavithra padam semua video sugu pavithra padam semua video sugu pavithra padam semua video sugu pavithra padam semua videosugu pavithra padam semua video

Mungkin Pavithra memerlukan masa berehat seketika daripada perhatian ramai selepas insiden ini. Mungkin juga wanita tersebut bakal memuat naik video baru selepas ini, siapa tahu kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...