Penyanyi Sufie Rashid meluahkan rasa kecewa dengan tindakan ibunya, Irma Suriana Mahamud yang terus ‘menyerang’ dan terlalu lantang bersuara mengenai pertunangannya sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi. Mungkin apa yang berlaku kepadanya kini adalah salah satu ujian dari Allah SWT untuknya.
Menurut Sufie, bapanya merupakan sumber kekuatannya selama ini untuk mengharungi setiap cabaran dalam hidup.
Terdahulu, Irma menerusi akaun Facebooknya memberitahu majlis pertunangan itu berlangsung tanpa persetujuannya dan tidak pernah menghantar wakil untuk merisik. Irma turut mendakwa tunang Sufie yang mengatur majlis tersebut bagi meraih perhatian. Irma juga berkata beliau sudah bersedia untuk mendedahkan perkara sebenar kepada pihak media beserta bukti kukuh. Segala pembohongan akan terbongkar.
Berita mengenai majlis ini sepatutnya menggembirakan tetapi sebaliknya menjadi penuh kontroversi. Semakin hangat nampaknya isu ini dengan pelbagai drama. Apa agaknya perkara besar yang bakal didedahkan?