Sufian Suhaimi Tidak Serik Bercinta, Enggan Wanita Kasar Dan Pemalas

Hiburan

Sufian Suhaimi Tidak Serik Bercinta, Enggan Wanita Kasar Dan Pemalas

Memasuki tahun baru 2019, pastinya ada yang akan terkenang bagaimana perjalanan mereka sepanjang tahun lalu.

Advertisement

Meskipun tahun 2018, menyaksikan pelbagai dugaan dan peristiwa pahit manis berlaku dalam hidupnya, penyanyi Sufian Suhaimi tetap menganggap ia sebagai tahun terbaik buat dirinya.

Apa yang boleh disimpulkan, tahun ini boleh diibaratkan sebagai roller coaster dalam hidup saya kerana saya berusaha keras untuk mengimbangi antara kisah peribadi, karier dan pelajaran. Biarpun bukan mudah, lebih-lebih kisah peribadi sebelum ini menjadi bualan ramai, namun rasanya, saya telah berjaya mengawal segala perkara dengan cara terbaik.

Meskipun pernah kecewa dek kerana percintaan dan perancangan perkahwinan yang tidak kesampaian, Sufian bagaimanapun tidak serik untuk bercinta lagi.

Saya tidak dapat memberi apa-apa komen mengenai hal hati dan perasaan. Saya juga tidaklah serik bercinta atau tidak mahu mencari kekasih hati. Cumanya, sekarang saya memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang saya minat iaitu membikin lagu. Seandainya, dalam perjalanan itu saya terjumpa seseorang dan kami suka sama suka, apa salahnya.

Berbicara mengenai gadis idamannya, Sufian mahukan seorang gadis yang serasi, boleh menjadi kawan, mempunyai perwatakan yang sopan serta tidak malas.

Sumber Berita : Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...