Sufian Suhaimi Rimas Masih Diajukan Soalan Tentang Putus Tunang

Hiburan

Sufian Suhaimi Rimas Masih Diajukan Soalan Tentang Putus Tunang

Sudah meneruskan kehidupannya dan enggan lagi mengenangkan perancangan perkahwinan yang tidak kesampaian bersama Elfira Loy, penyanyi Sufian Suhaimi mengakui tidak faham dan seakan rimas apabila ada lagi pihak yang masih ingin mengajukan soalan tentang isu putus tunang bersama Elfira yang sudah lama selesai.

Advertisement

Saya tidak faham kenapa ada pihak yang akan terus ajukan soalan tentang kisah putus tunang. Sedangkan saya sendiri sudah move on dan mempunyai banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian.

Jujurnya, perkara itu sudah selesai dengan pihak perempuan, namun apabila ada segelintir pihak yang masih bercakap mengenainya, ia nampak seolah-olah saya masih berada di situ sedangkan semuanya sudah selesai.

Terdahulu, Sufian dan Elfira mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 selepas beberapa bulan berkenalan dan merencana untuk mendirikan rumah tangga pada 23 atau 24 Mac lalu. Namun, kedua-duanya membuat keputusan untuk berpisah atas persetujuan keluarga.

Pelbagai spekulasi yang timbul berikutan perpisahan mereka, ada yang mengatakan Sufian tidak mampu untuk memberikan wang hantaran yang tinggi dan ada juga yang mendakwa ibu Elfira yang memutuskan pertunangan mereka kerana tidak menyukai Sufian.

Namun, perkara itu dinafikan oleh Sufian dan menganggap mereka tidak mempunyai jodoh bersama. Meskipun pernah terluka dengan kisah cinta lalu, Sufian tidak serik untuk mencari pengganti, tetapi kini dia ingin memberikan fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...