Tanggal 23 Mac hari ini sepatutnya menjadi kenangan terindah dalam hidup Sufian Suhaimi dan Elfira Loy kerana ia merupakan tarikh pernikahan mereka. Namun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan takdir menentukan segalanya selepas mereka sah putus tunang baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, seperti yang Sufian katakan beliau tidak akan mensia-siakan tarikh istimewa itu dan melancarkan lagu terbaru beliau Di Matamu. “A broken heart creates a masterpiece” dan ianya terbukti apabila mendapat sambutan yang hangat dan sudah mendapat 411,746 tontonan di YouTube meskipun baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada jam 9 pagi tadi.
Tahniah kepada Sufian kerana tidak terus meratapi apa yang sudah berlaku dan bangkit menghasilkan karya yang kami rasa amat dekat dan bermakna buat dirinya. Semoga terus sukses.

Cumi cumi
March 24, 2018 at 5:15 pm
MV ss manjang pegang tgn. Tlalu bebudak Sgt(makcik bawang)
Sisturnina
March 24, 2018 at 4:39 pm
Mv dia cecah 2 juta dah….mungkin elfira repeat tengok
Anonymous
March 24, 2018 at 12:58 pm
Muka ko pian dah mcm org gila..
Hahaha
March 24, 2018 at 12:17 am
baik buat lagu tajuk Nikah Tk Jadi..rentak zapin moden..baru laa catchy…
Hahaha
March 24, 2018 at 12:16 am
aku dgr lagu tu..tp tk rasa sedih pun…hati ku hitam…huhuhu..
SuperFox
March 24, 2018 at 3:00 pm
Takpaa… Hitam itu menawan… *kenyit mata sket*