Tanggal 23 Mac hari ini sepatutnya menjadi kenangan terindah dalam hidup Sufian Suhaimi dan Elfira Loy kerana ia merupakan tarikh pernikahan mereka. Namun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan takdir menentukan segalanya selepas mereka sah putus tunang baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, seperti yang Sufian katakan beliau tidak akan mensia-siakan tarikh istimewa itu dan melancarkan lagu terbaru beliau Di Matamu. “A broken heart creates a masterpiece” dan ianya terbukti apabila mendapat sambutan yang hangat dan sudah mendapat 411,746 tontonan di YouTube meskipun baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada jam 9 pagi tadi.
Tahniah kepada Sufian kerana tidak terus meratapi apa yang sudah berlaku dan bangkit menghasilkan karya yang kami rasa amat dekat dan bermakna buat dirinya. Semoga terus sukses.