Sufian Suhaimi Lancar Lagu Di Matamu Pada Tarikh Nikah Tak Jadi, Dapat Sambutan Hangat

Hiburan

Sufian Suhaimi Lancar Lagu Di Matamu Pada Tarikh Nikah Tak Jadi, Dapat Sambutan Hangat

Tanggal 23 Mac hari ini sepatutnya menjadi kenangan terindah dalam hidup Sufian Suhaimi dan Elfira Loy kerana ia merupakan tarikh pernikahan mereka. Namun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan takdir menentukan segalanya selepas mereka sah putus tunang baru-baru ini.

Advertisement

Walaubagaimanapun, seperti yang Sufian katakan beliau tidak akan mensia-siakan tarikh istimewa itu dan melancarkan lagu terbaru beliau Di Matamu. “A broken heart creates a masterpiece” dan ianya terbukti apabila mendapat sambutan yang hangat dan sudah mendapat 411,746 tontonan di YouTube meskipun baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada jam 9 pagi tadi.

Rata-rata netizen memuji setiap bait-bait lagu yang menyentuh jiwa ini dan ada juga yang mengaitkan kisah putus tunang Sufian dan Elfira dengan perjalanan cerita dalam muzik video tersebut. Malah, mereka juga turut merasai keperitan hati Sufian yang cuba dizahirkan dalam lagu.

Tahniah kepada Sufian kerana tidak terus meratapi apa yang sudah berlaku dan bangkit menghasilkan karya yang kami rasa amat dekat dan bermakna buat dirinya. Semoga terus sukses.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...