Nampaknya penyanyi Sufian Suhaimi kini antara lelaki terhangat di pasaran, menjadi kegilaan dan rebutan gadis-gadis diluar sana. Selepas dikaitkan mempunyai hubungan rapat dengan pelakon Jasmine Suraya, timbul pula gosip terbaru mendakwa Sufian sedang hangat bercinta dengan seorang Instafamous, Arianna Natasha.
Gosip percintaan mereka mula diperkatakan selepas Sufian hadir meraikan ulang tahun kelahiran Arianna yang ke 16 baru-baru ini. Jelas kelihatan betapa mesra dan rapatnya mereka.
Bagaimanapun, Sufian menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan gadis berkenaan dan kehadirannya pada majlis tersebut hanya sekadar atas dasar kenalan rapat, tidak lebih daripada itu.
Saya dan Arianna tak ada hubungan istimewa pun, kami sudah lama mengenali antara satu sama lain. Hubungan kami pun hanya kawan sahaja.
Kehadiran saya di majlis hari jadi Arianna itu pun atas dasar persahabatan. Saya diundang keluarganya untuk hadir dan kebetulan lokasi majlis itu berdekatan dengan rumah saya.
Menurut Sufian, dia belum lagi bersedia untuk menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana wanita buat masa ini meskipun sudah lama ‘move on’ melupakan kisah cinta lalu.
Buat masa sekarang ini, saya tidak bercinta dengan sesiapa pun. Kalau boleh, saya nak elakkan kisah peribadi diberi perhatian lebih berbanding kerjaya seni. Bukan tak move on tapi saya masih ada perasaan insecure nak mulakan hubungan cinta.
Selepas episod putung tunang, kehidupan peribadi Sufian memang sering menjadi perhatian netizen. Sudah beberapa kali juga dia digosipkan bercinta dan ada kekasih baru. Tak apa Sufian, kata orang berkawan biar ramai, perlahan-lahan kenal hati budi sebelum buka pintu hati untuk menerima cinta baru.