Sufian Suhaimi Bakal Lancar Buku Puisi Kisah Hidup

Hiburan

Sufian Suhaimi Bakal Lancar Buku Puisi Kisah Hidup

Nampaknya penyanyi popular Sufian Suhaimi mengikut jejak langkah Fattah Amin apabila bakal melancarkan sebuah buku puisi mengenai kisah suka duka hidupnya .

sufian suhaimi

Advertisement

Berjudul Senanduka Sufian Suhaimi, ia mengandungi 70 buah puisi mengisahkan pelbagai peristiwa besar yang berlaku sejak beberapa tahun lalu dalam kehidupan penyanyi tersebut termasuklah juga kisah peribadinya.

Buku puisi ini mengisahkan kehidupan saya dan perspektif mengenai pelbagai peristiwa besar yang berlaku beberapa tahun lalu. Secara peribadi dan kerjaya, ia dilihat usaha yang seiring.

sufian suhaimi buku puisi

Selain itu, ada kisah sedih, gembira dan kecewa dan semuanya diterjemahkan dalam bentuk puisi.

Menurut Sufian,  buku puisi itu juga membabitkan kerjasama dengan pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) dan akan dijadikan sebagai rujukan akademik universiti tersebut.

puisi sufian suhaimi

Sebab itulah buku puisi ini perlu dihasilkan dengan penuh teliti. Pihak UUM juga akan menguruskan soal penerbitan dan pengedaran. Setiap puisi dalam buku ini menggunakan judul lagu nyanyian saya termasuklah Terakhir 1 dan 2, Di Mata Mu 1, Harus Aku 2 dan Terasa Ada 3.

Sufian merupakan artis lelaki muda kedua selepas Fattah Amin yang sebelum ini pernah melancarkan buku 99 Kata #QalifModen Fattah Amin yang turut dinobatkan Buku Popular pada Anugerah Buku Negara 2017.

sufian suhaimiSiapa tahu, mungkin selepas ini Sufian juga akan menerima pelbagai anugerah hasil nukilannya itu? Sama-sama kita nantikan. Mesti ramai peminatnya yang tidak sabar untuk mengetahui curahan hatinya menerusi puisi-puisi yang ditulis.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...