Sufi Rashid Tersingkir Di Minggu Ketiga AF Megastar

Hiburan

Sufi Rashid Tersingkir Di Minggu Ketiga AF Megastar

Satu kejutan yang besar apabila juara Akademi Fantasia 2015 iaitu Sufi Rashid telah pun tersingkir daripada AF Megastar pada minggu ini. Untuk makluman, konsert yang telah berlangsung di Royal Theater Shah Alam semalam adalah konsert minggu ketiga untuk program realiti ini. Sufi telah menyanyikan lagu Izinkanku Pergi nyanyian asal Kaer dan mendapat markah rendah daripada para juri tetap.
af megastar sufi rashidNamun begitu, Sufi Rashid yang berasal dari Singapura tetap mendapat markah tertinggi daripada undian para penonton. Akan tetapi undian penonton hanya mewakili 40% jumlah undian berbanding markah daripada juri iaitu sebanyak 60%. Tiga juri yang terlibat untuk konsert ini ialah Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Faizal Tahir. Syafizan memaklumkan yang dia hairan dengan hala tuju muzik Sufi Rashid. Kata Syafinaz:-

Saya hairan sebab dia ada suara tapi tak boleh menyanyi dalam beberapa genre dan masih tidak tahu apa jenis muzik lagu yang dia boleh bawa.

Advertisement

af megastar sufi rashid
Untuk minggu seterusnya, hanya 8 peserta yang akan bertarung di konsert AF Megastar. Mereka ialah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Syamel dan Amir. Nampaknya setiap minggu persaingan semakin sengit. Apa pun buat Sufi Rashid, semoga penyingkiran ini tidak mematahkan semangat anda untuk meneruskan perjuangan di dalam bidang nyanyian. Good luck and all the best.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...