‘Sudah Tak Diperlukan Lagi, Apakan Daya..’ – Farid Kamil Sedia Bersara

Hiburan

‘Sudah Tak Diperlukan Lagi, Apakan Daya..’ – Farid Kamil Sedia Bersara

Pelakon yang disukai ramai, Farid Kamil mengumumkan dirinya sudah bersedia untuk bersara dari industri hiburan pada bila-bila masa sahaja.

Namun menurut Farid, beliau menyerahkan segalanya soal rezeki dan perancangan untuk bersara itu kepada ketentuan Ilahi.

Advertisement
farid kamilSumber : Instagram Farid Kamil  

Katanya ketika sesi virtual drama Masih Ada Rindu bersama Gempak,

Saya sudah bersedia untuk bersara pada bila-bila masa kalau sudah tak diperlukan lagi, apakan daya…

Sebagai pelakon modal kita pada instrumen iaitu tubuh badan kita. Kalau kita tak mampu memberikan alunan atau getaran sama bermakna disitulah titik yang menjadi pemisah antara saya bersara atau tidak.

Jelas pelakon Lagenda Budak Setan itu lagi, keputusannya untuk bersara bukan atas sebab haters mahupun kontroversi yang sering menjerat dirinya, namun niatnya itu muncul apabila mengimbas kembali pencapainya yang kini sudah membintangi 60 buah filem sepanjang di industri lakonan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...