Sudah-sudahlah, Lupakan Khilaf Dan Sengketa – Da’i Wan Mahu PU Amin Dan Caprice Berdamai

Hiburan

Sudah-sudahlah, Lupakan Khilaf Dan Sengketa – Da’i Wan Mahu PU Amin Dan Caprice Berdamai

Beberapa hari lalu, penyanyi rap Caprice meluahkan pendapatnya tentang kenyataan PU Amin mengenai bencana alam yang melanda Indonesia. Buat Caprice, apa yang dikatakan oleh pendakwah bebas itu sedikit sebanyak mengundang salah sangka terhadap agama Islam selain tidak sensitif dengan keadaan mangsa-mangsa yang turut kehilangan orang tersayang dalam tragedi Tsunami itu.

Advertisement

Keadaan menjadi sedikit tegang apabila mereka berdua kelihatan saling berbalas kenyataan di media sosial untuk menegakkan pedirian masing-masing.

Melihat apa yang berlaku, seorang lagi penceramah muda iaitu Da’i Wan menasihati rakannya PU Amin dan Caprice supaya berdamai.  Apa salahnya untuk saling memaafkan dan bersatu memperjuangkan agama Islam.

Terdahulu, PU Amin mengatakan malapetaka besar yang berlaku di Lombok dan Palu kerana maksiat berleluasa dan ia adalah laknat yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai peringatan untuk manusia. Namun, kenyataan itu mendapat bantahan ramai netizen termasuk Caprice yang berpendapat  kita sepatutnya mendoakan keselamatan saudara sesama Islam di Indonesia dan bukannya membuat sebarang andaian tentang bala yang diturunkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...