Sudah Pulangkan Cincin Tunang Kepada Keluarga Sufian – Bapa Elfira Loy

Hiburan

Sudah Pulangkan Cincin Tunang Kepada Keluarga Sufian – Bapa Elfira Loy

Akhirnya segala kontroversi mengenai kisah putus tunang Elfira Loy dan Sufian Suhaimi bertemu noktahnya apabila bapa Elfira,  Ahmad Sabri Ariffin mengesahkan sudah memulangkan cincin pertunangan mengikut adat dalam satu sesi pertemuan di kediaman keluarga Sufian petang semalam.

Advertisement

Ketika pertemuan tersebut berlangsung, Sufian tidak berada di rumah dan hanya bapa dan bapa saudaranya sahaja yang ada.

Sama seperti yang dikatakan oleh ibu Elfira, Ahmad Sabri juga menganggap Elfira dan Sufian tiada jodoh bersama dan enggan mendedahkan punca perpisahan kerana ingin menjaga hati beberapa pihak.

Kami sekeluarga sudah membuat keputusan memutuskan tali pertunangan antara Elfira dan Sufian. Kami anggap antara anak saya dan Sufian tiada jodoh.

Apa juga alasan atau sebab musabab lain itu tak perlulah ditulis kerana ia akan menyakitkan hati dan menyinggung perasaan orang lain. Biarlah ia tersimpan erat dan hanya keluarga masing-masing saja tahu.

Kami harap Elfira dan Sufian tabah menghadapi dugaan ini. Bukan mudah untuk melepaskan orang tersayang pergi apatah lagi jika pernah membina impian untuk hidup bersama selamanya. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...