Written by Bella | July 17th, 2018

Sudah bercinta hampir dua tahu lamanya, pelakon Qi Razali dan kekasih hatinya, Nia Atasha yang juga merupakan seorang model kini dalam perancangan untuk melangkah ke fasa yang lebih serius dalam hubungan mereka.

Qi mengakui beliau sudah menghantar rombongan merisik baru-baru ini dan bakal mengikat tali pertunangan pada tahun ini.

Alhamdulillah, saya sudah menghantar rombongan untuk merisik dan kedua-dua keluarga sudah pun bertemu. Buat masa sekarang saya masih tidak mempunyai tarikh yang sesuai untuk mengikat tali pertunang. Mungkin kami akan bertunang pada tahun ini namun jika sudah ada tarikh saya akan umumkan pada semua.

Umur Qi bukanlah muda lagi dan beliau juga teringin untuk berkahwin dan mempunyai anak sendiri. Kami harap segala perancangan Qi dan Nia dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Semoga ada jodoh sehingga ke jenjang pelamin.

Sumber Berita : Astro Gempak

10 responses to Sudah Hantar Rombongan Merisik : Qi Razali Dan Kekasih Bakal Bertunang

  1. Wekkkkkkk says:

    Masa nk bertunang nnti naiklh duit separuh dari hntran belanja.
    Supaya senang urusan dn dpermudahkn.
    Ada $..on je.

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Nelydia senrose tunang, dia pun nak tunang jugeeee

    14

    1
  3. Mat K says:

    Aduh jangan kacau Nia!

    0

    0
  4. lara_hati says:

    Pilihan hati dari penyanyi, pelakon dan sekarang model…:)

    0

    0
    • Anonymous says:

      ibubapa menyekolahkan jadi org pandai sampai ada degree, master
      bila bsr jadi penyanyi, pelakon, model…

      sia2 shj…stakat PMR, SPM pun boleh jdi ..malah x sekolah pun boleh jdi P.P.M tu..
      wakakakaka

      2

      0
      • Anonymous says:

        kan ctdk pun spm jer…. paling kaya antara ramai2 artis yg ade degree master bagai tu… ct guna tiket artis senang2 dpt kawin laki kaya, umah besar, bukak bisnes etc etc.. senang lenang takat spm…

        7

        0
  5. seripagi says:

    nara pun kalu doakan jgn ler smp ke jinjang pelamin je doakanlh smp ke jannah..adoiiii

    3

    0

Leave a Reply to Anonymous - Cancel

Optional