Sudah Dijemput, Suami Lufya Tidak Hadir Majlis Sambutan Hari Jadi Anak

Hiburan

Sudah Dijemput, Suami Lufya Tidak Hadir Majlis Sambutan Hari Jadi Anak

Penyanyi dan pelakon Lufya Omar pada Sabtu lalu telah mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya, Laana Haura yang ke 2 tahun. Walaupun sedang menghadapi kemelut rumah tangga, dia tetap mengundang suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz untuk hadir pada majlis tersebut.

lufya omarBagaimanapun, Dr Che Hafiz tidak hadir dan ia sedikit sebanyak menimbulkan persoalan ramai. Tidak berdiam diri, Lufya tampil memberikan penjelasan berkemungkinan suaminya itu tidak dapat hadir kerana sibuk bekerja.

Advertisement

Saya ada ajak tapi dia kata tak boleh datang, mungkin dia sibuk. Saya dah berusaha untuk ajak dia walaupun kami ada masalah yang agak serius. Bia saya fikirkan, tak apa mengalah bukan bererti kalah. Kalau saya mulakan buat sesuatu kebaikan, InsyaAllah akan jadi kebaikan nanti.

lufya omar

Apa saya lakukan demi anak dan Allah SWT. Kiranya, saya tak nak tepikan dia sebagai bapa.

Minggu lalu,  Lufya terkejut selepas Dr Che Hafiz mengubah keputusan enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan tarikh 10 Disember depan bagi kedua-dua pihak hadir untuk sebutan semula kes dan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka. Pasangan ini berkahiwn  pada 26 November 2016.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Jaydee Mohamad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...