“Suara Macam Katak Ada Hati Nak Menang”, Fatiya Latiff Pertikai Kemenangan Wany Hasrita

Hiburan

“Suara Macam Katak Ada Hati Nak Menang”, Fatiya Latiff Pertikai Kemenangan Wany Hasrita

Fuh!!! Abang Nara pening juga setiap kali membaca kenyataan Fatiya Latiff. Memang lain macam. Terbaru, kemenangan Wany Hasrita di ABPBH 31 telah pun dipertikai oleh Fatiya. Kalau pertikai biasa-biasa tak apa lagi, namun ayat digunakan oleh Fatiya memang agak melampau. Mana tidaknya, Fatiya menulis suara Wany Hasrita seperti kata dan menuduh penyanyi itu telah memberikan rasuah untuk memperoleh kemenangan.

wany hasrita fatiya latiff

Advertisement

Walaupun kenyataan atas telah dipadamkan oleh Fatiya di akaun Instagramnya, namun ternyata ia telah membuatkan para peminat Wany Hasrita yang berhempas pulas mengundi penyanyi kesayangan mereka terasa hati. Akan tetapi, Fatiya enggan menarik balik apa yang diperkatakan, sebaliknya menegaskan bahawa Wany Hasrita memang tidak layak bergelar Bintang Paling Popular ABPBH31. Kata Fatiya Latif:-

Saya berhak untuk bersuara dan berhak untuk memberi pandangan mengenai kemenangan Wany sebagai Bintang Paling Popular. Sejujurnya, saya tidak ada masalah atau bergaduh dengan dia pun. Cuma, dia belum lagi layak untuk menang dan saya tidak berpuas hati dengan sistem keputusan pada malam itu. Sebab masih ramai lagi selebriti yang dah lama dalam industri ini lebih terkenal daripada dia.

Saya padam kenyataan di laman sosial itu kerana berfikiran saya perlu menghormati peminat-peminat Wany. Selain itu, saya tak nak foto di Instagram saya kurang cantik dengan adanya posting tersebut. Tapi walaupun saya dah padam, saya tetap dengan pendirian yang Wany memang tidak layak untuk memenangi anugerah tersebut.

wany hasrita fatiya latiff

Secara jujurnya, kemenangan Wany Hasrita sememangnya mengejutkan banyak pihak. Namun perlu diingatkan bahawa keputusan ABPBH adalah 100% berdasarkan undian atas talian daripada peminat. Ini bermakna peminat Wany Hasrita bukan sekadar ‘omong kosong’, sebaliknya benar-benar tampil mengundi penyanyi kesayangan mereka. Berdasarkan apa yang Abang Nara, kelab peminat Wany Hasrita turut sama mengadakan ‘fans day out’ di sebuah cybercafe semata-mata untuk mengundi. Ini barulah kipas susah mati yang sebenar. Sebab itulah undian Wany mencecah angka 2 juta. Jadi kalau Fatiya atau artis-artis lain tak berpuas hati, kenalah buat sesuatu bersama peminat agar mereka juga turut memberikan komitmen untuk mengundi anda di ABPBH yang seterusnya. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...