Stress Rancang Bajet 2018? Gunakan Cara “DOWNSIZING” Ini Untuk Cukupkan Perbelanjaan Anda

Hiburan

Stress Rancang Bajet 2018? Gunakan Cara “DOWNSIZING” Ini Untuk Cukupkan Perbelanjaan Anda

Pejam celik pejam celik kita sudah pun berada di tahun 2018. Setiap awal tahun, satu perkara yang wajib Abang Nara lakukan ialah membuat bajet untuk sepanjang tahun ini. Iyerlah, sedikit sebanyak nak tahu juga buat kiraan kasar perbelanjaan makanan, insurans bulanan, bayar installment kereta, susu anak, sekolah, perubatan dan macam-macam lagilah. Bila dah ada bajet, senang la untuk kita merancang apa yang patut untuk menghadapi tahun 2018 ini.

image

Advertisement

Kira punya kira, memang banyak duit yang perlu dikeluarkan untuk tahun 2018 ini. Pening juga kepala Abang Nara bila melihat jumlah bajet yang dianggarkan. Nampak gaya macam perbelanjaan seperti membeli barang mainan anak-anak, makan di luar dan perabot murah akan dikurangkan lebih daripada 50%. Pening kepala ini dibuatnya. Takkan tak ada penyelesaian yang lebih baik?

image

maafkan papa wahai anak-anak. Tahun nie no more toys for you guys

Akibat stress memikirkan bajet tahun 2018, Abang Nara pun melayari YouTube untuk menghilangkan rasa tension. Tup-tup tertonton pulak trailer filem DOWNSIZING.

Bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 18 Januari ini, filem DOWNSIZING ini nampak sangat menarik. Sinopsisnya sangat mudah. Seorang saintis Norway telah menemui satu cara untuk mengecilkan manusia sehingga 13cm. Paling menarik, setelah dikecilkan, nilai wang yang anda ada ketika manusia normal akan bernilai berkali-kali ganda selepas proses tersebut. Contohnya kalau anda mempunyai wang tunai sebanya RM5,000, lepas dikecillkan nilai RM5,000 itu akan sama dengan RM500,000. Mak aih!!! Terbaik bukan?

Filem DOWNSIZING ini dibintangi oleh Matt Damon dan Christoph Waltz. Ia diarahkan oleh pengarah tersohor Alexander Payne. Abang Nara suka betul dengan konsep yang dibawa oleh filem DOWNSIZING ini. Mana taknya, tak payah pening-pening kepala nak fikir pasal duit, bajet dan perbelanjaan selepas dikecilkan. Semuanya akan jadi mudah, murah dan selesa. Contohnya:-

1. Nasi lemak sebungkus boleh makan 5 orang

selalu makan sebungkus tak cukup, lepas dah DOWNSIZING nak kongsi 5 orang pun tak ada masalah

2. Rumah & kereta sangat murah sebab saiz yang kecil

nak rumah bungalow pun boleh. Kereta Ferrari pun tak ada masalah. Semua jadi murah sebab dah DOWNSIZING

3. Air mineral sebotol boleh tahan sebulan

kalau berbotol-botol camnie boleh tahan sampai tahun 2020 kot

4. Nak shopping barang kemas? Semuanya jauh lebih murah

lepas dah di DOWNSIZING, confirm permata camnie jadi murah je harganya. Iyerlah saiz dah jadi super duper kecil kan?

5. Boleh bercuti secara mewah

bila nilai duit anda dah tinggi, nak gi bercuti di villa mewah pun no problem!!!

Best kan? Fuh!!! Secara teorinya memang nampak kita akan dapat kehidupan yang lebih indah, selesa dan bahagia. Namun adakah ia akan kekal buat selama-lamanya? Kalau nak tahu apakah yang terjadi kepada Matt Damon selepas dirinya dikecilkan, kenalah tonton filem DOWNSIZING yang akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 18 Januari 2018 ini. Memang tak sabar Abang Nara nak pergi menontonnya!!!

Sekiranya Abang Nara diberi pilihan untuk dikecilkan, pasti Abang Nara akan terima tanpa ragu-ragu. Tak payah pening-pening dan stress-stress nak fikir tentang perbelanjaan lagi. Boleh juga gunakan tukaran mata wang ini untuk mengetahui kiraan yang betul berdasarkan pendapatan, simpanan dan hutang yang telah sedia ada sebelum nak berbelanja. Bestkan? Anda pula bagaimana? Pastikan anda tak terlepas menonton DOWNSIZING bermula 18 Januari ini. Untuk lebih informasi, layari Facebook UIP Malaysia. Selamat menonton!!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...