“Solat Jemaah Secara Atas Talian Tidak Sah” – Datuk Seri Dr. Zulkifli

Kehidupan

“Solat Jemaah Secara Atas Talian Tidak Sah” – Datuk Seri Dr. Zulkifli

Terdahulu, tular di rata-rata media sosial video yang memaparkan pasangan kekasih sedang solat berjemaah secara atas talian ‘online’ telah mendapat perhatian orang ramai.

Susulan itu, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan bahawa solat itu tidak sah kerana tidak memenuhi syarat-syarat sah mengikut imam dalam solat berjemaah sebagaimana digariskan oleh para ulama.

Advertisement

Menurut laporan Kosmo, Dr. Zulkifli berkata solat berjemaah ini sebenarnya bertujuan menghimpunkan orang-orang Islam secara hakiki dan ia berhajat kepada satu tempat dan bersambungnya saf antara satu sama lain.

solat

Justeru, tidak boleh menunaikan solat berjemaah melalui siaran langsung di televisyen atau radio atau secara atas talian kerana ia tidak mencapai maksud seperti dikehendaki syarak.

Dr.Zulkifli menjelaskan perkara tersebut menerusi artikel terbaharu dikeluarkan Portal Maktabah Al-Bakri dan menyatakan tujuan pensyariatan solat Jumaat dan solat berjemaah ialah menghimpunkan manusia.

zulkifli

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam soal agama dan merujuk kepada para alim ulama jika ada sebarang persoalan yang timbul.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

trend solat berjemaah dengan kekasih
2 years ago

"Solat Jangan Buat Main.." - Kekasih Solat Jemaah 'Online' Jadi Trend, Pendakwah Bersuara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...