Smartphone Ini Buat Neelofa Jatuh Cinta, Ada Zoom 60x Macam Teropong!

Hiburan

Smartphone Ini Buat Neelofa Jatuh Cinta,  Ada Zoom 60x Macam Teropong!

Telefon pintar Oppo Series telah pun dilancarkan di Malaysia secara rasmi pada 27 Mei yang lalu. Ia adalah sebuah telefon pintar keluaran Oppo yang dinanti-nantikan oleh banyak pihak kerana mempunyai banyak ciri dan fungsi yang awesome!!

Advertisement

Di dalam majlis perasmian yang dihadiri oleh selebriti terkemuka Neelofa, Oppo telah memperkenalkan siri telefon terpintar terbarunya yang dikenali sebagai Oppo Reno. Ia hadir dengan 2 versi berbeza iaitu “Oppo Reno” dan “Oppo Reno 10x Zoom”. Hari ini, kita akan berbicara tentang “Oppo Reno 10x Zoom” yang mempunyai pelbagai ciri dan fungsi yang pasti akan membuatkan anda teruja!!!

1. Tiga kamera utama 48MP + 13MP

+8MP dengan sokongan 10x hybrid zoom

Oppo Reno 10x zoom adalah teknologi baharu yang dicipta dengan struktur 3 kamera yang mengandungi lensa telephoto, lensa ultra-wide-angle dan kamera utama yang menyokong sehingga 60x Hybrid Zoom. Dengan 3 lensa kamera, Oppo Reno 10x Zoom mempunyai solusi “Ultra-Wide Angle + Ultra Clear Master + Telephoto” untuk memastikan kesemua gambar yang anda ambil adalah berkualiti tinggi.

Sementara itu kamera telephoto yang mempunyai  159mm jarak focal membolehkan anda mengambil gambar jarak jauh tanpa menjejaskan mutu gambar tersebut. Dengan jarak focal 15.9mm, kamera ultra-wide-angle Oppo Reno 10X Zoom membolehkan anda mengabadikan gambar pemandangan yang lebih luas dan menarik. Kamera utamanya yang dijana dengan lensa 48MP memastikan setiap gambar yang dibidik adalah yang TERBAIK.

Keupayaan 60X Hybrid Zoom adalah kerana Oppo Reno 10x Zoom Edition mampu melakukan zum optikal nirhilang sehingga 10x sebelum anda mengambil gambar atau video. Dari 11x sehingga 60x pula adalah zoom secara digital, iaitu anda boleh meng”zoom”  sehingga 60x ke atas gambar yang telah diambil.

2. Ultra Night Mode 2.0

Mengambil gambar di waktu malam dengan Oppo Reno 10x Zoom Edition bukanlah satu masalah kerana ia hadir dengan fungsi Ultra Night Mode 2.0. Fungsi ini mengurangkan “noise’ serta menggunakan kebijaksanaan sistem AI.HDR untuk mendapatkan gambar yang terang, jelas dan menyerlahkan segala ciri-ciri penting di dalamnya.

Dua Mode yang anda boleh gunakan untuk menyerlahkan gambar-gambar anda

Dazzle Mode

Kelebihan Dazzle Mode ini ialah ia boleh menambahkan tona warna atau memastikan gambar anda lebih “vivid”. Tambahan pula Dazzle Mode ini akan mengekalkan keaslian gambar anda. Jadi tak lah nampak “fake” sangat kan?

Artistic Portrait

Ha, ini memang penting untuk mereka yang suka ambik gambar portrait. Mode Artistic Portrait nie akan memastikan kualiti gambar dari segi warna akan kekal optimum. Baru la boleh dapat gambar portrait ala majalah tu kan?

Kualiti Video 4K 60FPS, Pembesar Suara Stereo Dolby Atmos dan Kualiti Gambar yang AWESOME!

Zaman sekarang nie, orang dah tak pakai dah rakaman video 1080p. Oppo Reno kini menawarkan rakaman video resolusi 4k 60fps. Baru la sedap mata memandang bila rekod video.

Pembesar Suara Stereo + Dolby Atmos

Kepada anda yang suka mendengar lagu atau menonton video, tak kira la Netflix, Youtube dan macam-macam lagi, anda pasti terpesona dengan kualiti bunyi yang ditawarkan dengan Oppo Reno ini. Bukan calang-calang speaker diaorang, siap ada teknologi Dolby Atmos kot. Baru la feel bila layan video, tak gitu?

3. “Rising Front Camera”, 6.4 inci skrin panorama dan 2 Pilihan Warna Menarik

Salah satu perkara yang menarik tentang rekaan Oppo Reno 10x Zoom Edition ialah kejayaannya menyorokkan kamera hadapan, lampu suluh dan juga “earpiece”, sekaligus membolehkan kita menikmati paparan skrin penuh 6.4 inci yang sempurna. Kamera hadapannya akan naik ke atas dalam masa 0.08 saat apabila anda ingin mengambil ‘selfie’. Bab kualiti dan daya tahan tidak perlu dirisaukan kerana kamera hadapan Oppo Reno 10x Zoom Edition ini telah melepasi ujian “jatuh” sebanyak 200,000 kali. Paling best, kamera tersebut akan akan masuk ke dalam secara automatic sekiranya smartphone ini terjatuh secara tidak sengaja. Confirm tak akan rosak punya!!!

Cip Pemproses Qualcomm Snapdragon 855m dan 8GB RAM + 256GB ROM

Oppo Reno ini ditwarkan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855m dan disertakan dengan 8GB RAM + 256GB ROM untuk memastikan prestasi yang boleh dikatakan “high-end” berbanding dengan model-model pesaing yang lain.

VOOC 3.0 + Hyperboost 2.0

Dengan bateri sebesar 4065 mAh, Oppo Reno 10x Zoom Edition menjanjikan masa penggunaan yang lebih lama berbanding telefon pintar yang lain. Selain itu penggunaan teknologi pengecasan VOOC 3.0 memendekkan tempoh cas dan 100% selamat digunakan.

Teknologi Hyperboost 2.0 yang juga ditawarkan dengan smartphone ini membolehkan anda bermain game tanpa sebarang “overheat”, jadi kalau main PUBG tu, tangan anda tu takda la rasa panas semacam.

2 pilihan warna gradient yang baru

Oppo Reno 10x Zoom Edition pasti akan membuatkan anda jatuh cinta dengan 2 pilihan warna di bawah:-

Ocean Green: menampilkan permukaan seperti kabus. Memberikan perasaan seperti ada cahaya yang sedang menyinari kabus tersebut.  Teksturnya adalah licin dan matte

Jet Black: menampilkan permukaan yang berkilat dan menggunakan tekstur lapisan di mana 3 tekstur berbeza menindih sesama sendiri sekaligus menyerlahkan warna gradient

Harga dan Maklumat Pra-Tempahan

Oppo Reno telah mula  dijual di pasaran Malaysia harga RM1999. Anda boleh membeli dan membaca info lebih lanjut tentang telefon pintar ini di:

OPPO Online Store: : http://bit.ly/2JaEd7E

OPPO Concept Store : https://www.oppo.com.my/page/stores

Untuk Oppo Reno 10x Zoom pula, ia baru sahaja dilancarkan pada 27 Mei lalu dengan harga RM3,399. Anda boleh membuat pra-tempahan Oppo Reno 10x Zoom dan layak mendapat hadiah PERCUMA di bawah:-

  • Warranty tambahan setahun yang bernilai RM139
  • Warranty skrin selama setahun yang bernilai RM139
  • Phone Stabilizer bernilai RM499

Boleh lakukan pra tempahan dan lihat spesifikasi dengan lebih mendalam di:-

OPPO Online Store: : http://bit.ly/2JaEd7E

OPPO Concept Store : https://www.oppo.com.my/page/stores

Memang berbaloi-baloi kan? Jadi tunggu apa lagi? Jom pulun seorang satu!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...