SK-II Lancarkan 3 Corak yang Menarik untuk Edisi Terhad “Change Destiny” Facial Treatment Essence #YourStatementYourBottle

Hiburan

SK-II Lancarkan 3 Corak yang Menarik untuk Edisi Terhad “Change Destiny” Facial Treatment Essence #YourStatementYourBottle

Bersempena musim perayaan ini, jenama penjagaan kulit terkemuka dunia, SK-II telah pun melancarkan botol edisi terhadnya iaitu SK-II Facial Treatment Essence – Change Destiny Limited Edition.

memang unik, menarik dan cantik sungguh rekaan botol edisi terhad daripada SK-II ini

Produk ikonik SK-II Facial Treatment Essence ini telah melalui satu perubahan yang amat mengkagumkan menerusi “makeover” ini dengan 3 mantra unik Change Destiny yang tertera pada botol-botol edisi terhad ini. Mantra-mantra tersebut ialah:-

Advertisement

1. “Be the Person You DECIDE To Be”

2. “CHANGE is in All of Us”

3. “DESTINY is a Matter of Choice”

Dengan berlatarbelakang botol berwarna putih, edisi terhad Change Destiny ini dilancarkan untuk mengalakkan wanita untuk terus komited dan menyerlahkan personaliti diri dengan mana-mana botol yang bersesuaian dengan identiti mereka. Turut serta di dalam kempen #YourStatementYourBottle ini ialah penyanyi China Dou Jing Tong, ahli kumpulan Girl’s Generation Choi Soo Young dan juga pelakon terkenal Jepun, Haruka Ayase. Mereka bertiga telah bergabung di dalam video di bawah untuk menghidupkan semangat #ChangeDestiny oleh SK-II ini.

Botol  Edisi Terhad SK-II Facial Treatment Essence ini boleh didapatkan di pasaran sejak 1 November di semua kaunter SK-II. Namun anda perlu cepat untuk mendapatkannya kerana ia akan berakhir pada 31 Disember 2017 ini. Edisi terhad la katakan. Alang-alang nak beli, boleh pilih antara salah satu set di bawah untuk penjagaan sempurna kulit wajah anda.

1. Set SK-II Skin Revitalizing– RM 870

2. Set SK-II Radiant Aura – RM 1,212

3. Set SK-II Youthful Beauty– RM 1,252

Selepas memiliki Botol  Edisi Terhad SK-II Facial Treatment Essence ini, jangan lupa untuk berkongsi “statement” anda di laman sosial menerusi hastag #ChangeDestiny dan juga #YourStatementYourBottle. Maklumat lanjut layari www.sk-ii.com.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...