Siti Saleha Rancang Untuk Berkahwin Selepas Hari Raya Aidilfitri

Hiburan

Siti Saleha Rancang Untuk Berkahwin Selepas Hari Raya Aidilfitri

Mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya, Lutfi yang merupakan seorang pegawai kerajaan pada 26 November 2016, pelakon Siti Saleha memberitahu beliau merencana untuk berkahwin selepas Hari Raya Aidilfitri. Namun, buat masa ini beliau masih mempuyai tarikh tepat untuk melangsungkan majlis raja seharinya itu.

Advertisement

Insya-Allah saya akan berkahwin pada tahun ini iaitu selepas raya Aidilfitri tapi belum ada tarikh yang tepat lagi buat masa ini. Sebenarnya saya tidak mahu terlalu merancang dan setakat ini belum beli apa-apa lagi. Tema untuk majlis pun saya belum ada, masih mencari-cari. Cuma akan ada beberapa majlis yang kami akan adakan.

Siti Saleha akui beliau telah menerima beberapa tajaan buat majlis istimewa tersebut tetapi beliau masih memikirkan tawaran yang diterima.

Berbicara tentang dugaan ketika tempoh pertunangan, Siti Saleha enggan terlalu memikirkan hal berkenaan dan sentiasa berfikiran positif dalam melayari tempoh pertunangan.

Saya sentiasa positif dan tidak terlalu malayan perkara yang menjejaskan pertunangan. Bergaduh itu biasalah, semua hubungan ada pasang surutnya. Apa yang saya boleh katakan, saya rasa baik-baik sahaja pada ketika ini. Tidak mahu meletakkan tekanan terhadap persiapan perkahwinan itu.

Kami doakan agar segala perancangan Siti Saleha dan Lutfi untuk ke jinjang pelamin berjalan dengan lancar hendaknya. Semoga kekal sehingga ke hujung nyawa.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...