June 3rd, 2020

Menyanyikan lagu terbarunya berjudul Peluang kedia di salah sebuah program di televisyen minggu lalu, penyanyi Nabila Razali mendapat perhatian netizen apabila nyanyiannya dikhabarkan sumbang.

siti nurhaliza nabila razali nyanyi sumbang

Lebih perit, nyanyiannya itu mendapat kritikan hebat daripada warganet malah turut mempertikaikan kemampuan vokal Nabila yang teruk dan tidak konsisten.

Advertisement

Namun, pada masa yang sama, nama Datuk Siti Nurhaliza turut terpalit dalam hal ini apabila wujud pengguna laman Twitter memuat naik kembali pesembahannya nyanyian Siti yang seakan terkucil dan sumbang ketika membuat persembahan tiga tahun lalu.

Siti dikhabarkan melalukan persembahan itu di salah sebuah acara terbesar Malaysia iaitu di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2017.

siti nurhaliza nabila razali nyanyi sumbang

Meskipun kejadian itu telah berlaku tiga tahun lalu, namun Siti tampil mendedahkansemula mengapa segala masalah tersebut timbul menerusi siaran langsung di Instagram “IG Live” baru-baru ini.

Menurut Siti, perkara itu berlaku susulan kesilapan nyanyiannya apabila “pitching” sedikit tinggi daripada asal.

Malah, sebelum melakukan persembahan di ABPBH, Siti dikatakan telah menjalani pembedahan kecil persenyawaan in-vtro (IVF) melibatkan kawasan perut.

“Tidaklah susah pun hanya proses mengeluarkan telur tapi dia libatkan luka di perut saya. Sejam selepas tu saya dah boleh buat kerja tapi tidaklah yang berat-berat.”

Advertisement

Ujarnya lagi, selepas melakukan pembedahan beliau kemudiannya mengikuti satu pertandingan kayuhan basikal yang membabitkan jarak sehingga 20 kilometer pada keesokan harinya.

“Jadi petang tu saya terus buat ‘sound check’ di Putrayajaya. Waktu itu saya dah rasa teragak-agak boleh ke tidak ni.”

https://twitter.com/Adeliaimann/status/1267298032183160838?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1267298032183160838&ref_url=https%3A%2F%2Fgempak.com%2Fartikel%2F37154%2Fitu-nyanyian-terburuk-saya-dalam-sejarah-menyanyi-selepas-operate-ivf-tok-ti-dedah-semula-kisah-terkucil-3-tahun-lalu

Nasib tidak menyebelahi, malam berkenaan terjadilah insiden tersebut sekali gus menyifatkan nyanyiannya itu sebagai yang terburuk dalam sejarah.

Bagaimanapun Siti menganggap perkara itu sebagai satu pengajaran untuknya dan mengakui dirinya bukanlah robot yang mampu melakukan segalanya secara sempurna.

Advertisement

4 responses to “Siti Nurhaliza Dedah Kisah Nyanyian Sumbang 3 Tahun Lalu”

  1. Netizen says:

    dia ni maksum ke sampaikan tak boleh netizen kutuk langsung ?

  2. Yekeni says:

    Panjang lebar nya alasan. For us layman, bila terkeluar part suara tak sedap tu, sumbang lah.

    Bila part make up tua tak menjadi tu tak menjadi lah.

    Everyone has their bad days

    Tak perlu berparagraf penjelasan. Itu dah tahap defensive

    Hehe

    • Anonymous says:

      Tak salah pun beliau nak cerita… last skali beliau admit jugak kan… yang dia buat konsert sana sini suara gempak giler taknak pulak ko puji kan… sekali salah key terus mengeji.. dasarr

  3. Anonymous says:

    GFGHF

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...