Siti Aafiyah Nama Anak Perempuan Siti Nurhaliza

Hiburan

Siti Aafiyah Nama Anak Perempuan Siti Nurhaliza

Selepas genap tujuh hari dilahirkan, akhirnya Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan nama puteri kesayangan beliau bersama suami Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa. Siti Aafiyah, itulah nama yang dipilih oleh pasangan ini buat cahaya mata perempuan mereka.

Advertisement

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis tahnik dan aqiqah yang diadakan di kediaman Siti Nurhaliza sebentar tadi. Difahamkan, Aafiyah bermaksud menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup.

Siti Nurhaliza dan keluarga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak berhenti mendoakan kesejahteraan mereka selama ini terutama sekali sepanjang proses kehamilan dan bersalin Siti Aafiyah.

Kami di BeautifulNara sekali lagi ingin mengucapkan tahniah buat Siti Nurhaliza dan Datuk K atas kurniaan terindah ini selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga. Semoga Siti Aafiyah menjadi seorang anak yang solehah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...