Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Simpan Kau Punya B*doh Dan B*ngai Tu..” Suhaimi Saad Bidas Kenyataan Catriona Ross Isu Balik Kampung Ketika PKP

Suhaimi Saad

Bekas penyanyi kumpulan In-Team, Suhaimi Saad tampil menempelak kenyataan yang dibuat pelakon Catrinoa Ross yang sebelum meluahkan perasaan kesal dan geram dengan tindakan segelintir rakyat yang berpusu-pusu pulang ke kampung sebelum perlaksanan Sekatan Kawalan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan pada hari ini.

Suhaimi tampil mengkritik kenyataan Catriona menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya di mana dia beranggapan bahawa pelakon wanita itu sepatutnya memahami masalah dan keperluan masyarakat yang berbeza.

Advertisement

Dia yang turut memaki hamun Catriona berkata, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu sepatutnya menyimpan kenyataan seperti itu sebelum ramai yang tidak berpuas hati dan meluat.

View this post on Instagram

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

“Dah setahun lebih kot orang patuh, taat, ikut, sabar. So, kau nak suruh rakyat ni puji dan bagi pingat ke kat kerajaan? Simpanlah kau punya bodoh dan bingai tu. Jangan tunjuk sangat nanti orang meluat.” tulis Suhaimi Saad di hantaran Instagramnya itu.

Terdahulu, Catriona menerusi sebuah rakaman video yang turut membawa watak sebagai Kak Kek telah menzahirkan perasaan geram dengan segelintir rakyat yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam usaha melandaikan bilangan kes harian COVID-19.

Advertisement

Ujar Catriona, tindakan mementingkan diri sendiri itu akan mengundang risiko dan juga membahayakan pihak lain terutamanya ibu bapa di rumah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 Comments

  1. anonymous

    June 2, 2021 at 6:38 pm

    xde org ke nk report SS nie bawah akta hasutan?

  2. Bakpo

    June 2, 2021 at 4:53 pm

    Weh aku x nampak salah pun catt tu punya statement.. Dia cakap pada sesiapa yg x follow sop. Segelintir…. Haaaa sesuatu.. Terasa lah tuh.. Dia buat lah tuh.

  3. Ggg

    June 2, 2021 at 4:31 pm

    SS done provole netizen. Saja nak melawan arus.

  4. Anonymous

    June 2, 2021 at 11:08 am

    Beautifulnara, lain kali tak payah post kenyataan orang gila mcm SS ini. Jangan dilayan…ni mcm dah mental sgt ni. Lagi dilayan, lagi mental dia ni.. menyemakkan blog u je. btw, SOKONG 1000% Catriona Ross… kata2nya tepat dan padat. #kitajagakita

  5. Cis!

    June 2, 2021 at 12:04 am

    Tak sedar ke ss kau sdiri yg bodoh buat org meluat? Terasalah tu… So korg semua geng² rentas negeri n balik kg (tanpa hal mudarat), korg ni level² si suhaimi ni lah… So fikir²kan betapa lahabaunye korg di mata org… LOL

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top