“Simpan Kau Punya B*doh Dan B*ngai Tu..” Suhaimi Saad Bidas Kenyataan Catriona Ross Isu Balik Kampung Ketika PKP

Hiburan

“Simpan Kau Punya B*doh Dan B*ngai Tu..” Suhaimi Saad Bidas Kenyataan Catriona Ross Isu Balik Kampung Ketika PKP

Bekas penyanyi kumpulan In-Team, Suhaimi Saad tampil menempelak kenyataan yang dibuat pelakon Catrinoa Ross yang sebelum meluahkan perasaan kesal dan geram dengan tindakan segelintir rakyat yang berpusu-pusu pulang ke kampung sebelum perlaksanan Sekatan Kawalan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan pada hari ini.

Suhaimi tampil mengkritik kenyataan Catriona menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya di mana dia beranggapan bahawa pelakon wanita itu sepatutnya memahami masalah dan keperluan masyarakat yang berbeza.

Advertisement

Dia yang turut memaki hamun Catriona berkata, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu sepatutnya menyimpan kenyataan seperti itu sebelum ramai yang tidak berpuas hati dan meluat.

“Dah setahun lebih kot orang patuh, taat, ikut, sabar. So, kau nak suruh rakyat ni puji dan bagi pingat ke kat kerajaan? Simpanlah kau punya bodoh dan bingai tu. Jangan tunjuk sangat nanti orang meluat.” tulis Suhaimi Saad di hantaran Instagramnya itu.

Terdahulu, Catriona menerusi sebuah rakaman video yang turut membawa watak sebagai Kak Kek telah menzahirkan perasaan geram dengan segelintir rakyat yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam usaha melandaikan bilangan kes harian COVID-19.

Ujar Catriona, tindakan mementingkan diri sendiri itu akan mengundang risiko dan juga membahayakan pihak lain terutamanya ibu bapa di rumah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...