“Sibuk Buka Aib Orang Lain”- Netizen Kecam Nurul Hidayah Sebab Kritik Wanita Tanggal Tudung Di Mekah

Kehidupan

“Sibuk Buka Aib Orang Lain”- Netizen Kecam Nurul Hidayah Sebab Kritik Wanita Tanggal Tudung Di Mekah

Perkongsian anak perempuan kepada Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah Ahmad Zahid sekali lagi mencuri perhatian netizen menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Dalam hantaran itu, Nurul Hidayah mengkritik seorang wanita menanggalkan tudungnya ketika berada di sebuah kafe di Mekah.

Advertisement

Nurul Hidayah juga mempersoalkan agama wanita itu dan tertanya-tanya sama ada individu itu memasuki tanah haram itu melalui visa pelancong.

Malah, Nurul Hidayah menganggap wanita itu mungkin mengalami masalah kesihatan mental kerana bertindak demikian.

Saya tak pasti dia beragama apa setelah Saudi membuka ruang ‘Tourist Visa’ adakah agama lain dibenarkan masuk ke Tanah Suci Mekah? ATAU wanita ini sedang mengalami masalah mental?

Dia juga berkata bahawa dirinya tergerak untuk bangun dari kerusi dan bertanya apa masalah wanita itu namun dihalang oleh suami.

Perkongsian itu ternyata telah mengundang kritikan netizen yang merasakan Nurul Hidayah tidak patut mengambil tahu sehingga ke tahap itu dan seharusnya bersikap husnuzon sahaja.

Kata netizen, tidak patut seseorang mengambil gambar dan kemudiannya berkongsi di media sosial atas alasan untuk menegur dosa peribadi orang lain terutamanya di tempat suci seperti di Mekah.

Caprice Nurulhidayah
2 years ago

“Mentang Zahid Hamidi Semua Salah ” - Nurulhidayah Kecam Caprice Persoal SOP Dalam Lif, Dakwa Buat Content Sampah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...