Siapa Sangka 10 Selebriti Ini Dah Bergelar Haji & Hajah Di Usia Muda!

Hiburan

Siapa Sangka 10 Selebriti Ini Dah Bergelar Haji & Hajah Di Usia Muda!

Umat Islam mana yang tidak mahu menjalankan ibadah Haji, tapi tidak semua orang mempunyai pendapatan yang membolehkan mereka menunaikan rukun Islam yang kelima itu.

Tetapi untuk pengetahuan anda, sebenarnya sudah ramai selebriti dijemput ke Baitullah dan lebih beruntung, mereka dapat menunaikan ibadah tersebut di awal usia muda lagi.

Advertisement

Biarpun bergelar sebagai seorang selebriti di industri seni, mereka juga tidak terkecuali untuk melakukan ibadah tersebut dan ini merupakan selebriti yang sudah bergelar Haji dan Hajjah sejak muda lagi.

1. Dato’ Siti Nurhaliza

selebriti bergelar haji dan hajah usia muda

Penyanyi tersohor di Malaysia ini telah menunaikan ibadah haji bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2007 yang lalu ketika Siti atau lebih mesra dikenali sebagai Tokti berumur 28 tahun.

2. Amira Othman

amira othman tunai haji

 

 

Sebelum menerima pelawaan sahabat baik yang juga merupakan seorang penyanyi, Amira Othman yang berusia 26 tahun ketika itu telah membuat solat istikharah sebelum berangkat ke tanah suci Allah S.W.T itu. Menurutnya, dia berasa seperti dirinya bermimpi menjadi tetamu Allah S.W.T bagi mengerjakan Rukun Islam yang kelima.

3. Mizz Nina & Noh Salleh

selebriti bergelar haji dan hajah usia muda

Pada tahun 2013, pasangan merpati dua sejoli ini telah menunaikan ibadah Haji bersama-sama ketika umur mereka baru mencecah 34 tahun dan sedia maklum, isteri kepada kumpulan Hujan ini juga kini lebih banyak mendekatkan diri dengan ilmu serta aktiviti keagamaan

4. Wany Hasrita

wany hasrita tunai haji

 

Pelawaan daripada Kedutaan Arab Saudi di Malaysia untuk menunaikan rukun Islam kelima dalam masa singkat itu disifatkan penyanyi lagu Menahan Rindu itu sebagai anugerah paling agung buatnya. Pada usia beliau berusia 27 tahun, penyanyi ini sudah menjadi Hajar Wany Hasrita.

5. Hafiz Hamidun

selebriti bergelar haji dan hajah usia muda

Mempunyai kisah tersendiri, Hafiz mengakui selepas menunaikan haji pada tahun 2016 di awal usia 32 tahun, banyak perkara yang dipelajari dan antaranya adalah untuk menjadi lebih kuat serta sabar.

6. Adi Putra

 

selebriti bergelar haji dan hajah usia muda

Siapa tak kenal dengan pelakon yang kini namanya sedang disebut oleh orang ramai kerana filem yang dibintanginya iaitu Mat Kilau mendapat perhatian ramai. Biarpun sibuk dengan pekerjaan lakonan, namun Adi Putra tetap menunaikan haji ketika usianya 34 tahun dan itu merupakan tahun 2016.

7. Nabil Ahmad

selebriti bergelar haji dan hajah usia muda

Pelawak serta pengacara hebat ini juga tidak melepaskan peluang untuk menunaikan haji di usia muda selepas dirinya dilimpah ruahkan rezeki sepanjang tahun dan Nabil dikatakan menunaikan ibadah rukun Islam yang kelima ini ketika umurnya 32 tahun.

8. Neelofa

selebriti bergelar haji dan hajah usia muda

Selebriti serta usahawan hebat yang kini sudah berhijrah ke arah yang lebih baik ini difahamkan sudah bergelar Hajah Neelofa ketika usianya baru 27 tahun.

9. Fouziah Gous

selebriti bergelar haji dan hajah usia muda

Ketika tahun 2019, Fouziah Gous yang sewaktu itu berumur 35 tahun serta suami tercinta turut tidak melepaskan peluang untuk menunaikan ibadah haji bersama-sama.

10. Rossa

selebriti bergelar haji dan hajah usia muda

Siapa sangka penyanyi popular yang berasal dari negara jiran iaitu Rossa juga telah menunaikan umrah dan haji ketika tahun 2002. Untuk makluman juga, Rossa pernah mencuba memakai hijab selama dua bulan selepas kembali daripada menunaikan haji.

Semoga satu hari nanti kita juga ada rezeki untuk jejak ke tanah suci Allah untuk menunaikan haji seperti selebriti-selebriti hebat ini. 

Kerabu kangkung jemari
2 years ago

Senarai 10 Kedai Selera Melayu Di Shah Alam Wajib Cuba 2022

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...